Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pasukan Bank Pakistan bekerjasama dengan Alipay untuk Penghantaran Wang melalui Blockchain

 

Bank Telenor Microfinance yang beroperasi di Pakistan, satu subsidiari syarikat telekomunikasi Norwegian Telenor Group, telah melancarkan pembayaran merentasi sempadan menggunakan teknologi Blockchain dari firma pembayaran Alipay.

Mengatakan bahawa ianya adalah perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa berdasarkan Blockchain yang pertama di Pakistan, bank itu mengumumkan pada hari Selasa bahawa produk itu adalah hasil kerjasama antara subsidiari fintech Telenor Group di Malaysia, Valyou dan subsidiari perbankan mudah alihya di Pakistan, Easypaisa, menawarkan pemindahan wang secara langsung antara dua negara itu.

Blockchain akan “meningkatkan kelajuan dan tahap efisyen” pembayaran, merujuk bank itu dalam satu kenyataan, menambah bahawa pemindahan wang itu adalah selamat dan telus.

“Kini, Pakistan menerima dalam USD$1 bilion dalam penghantaran wang dari Malaysia dan kolaborasi Easypaisa-Valyou ini akan mengubahnya menjadi lebih baik,”menurut Roar Bjærum, naib presiden kanan di Telenor Financial Services.

“Penghantaran wang menyumbang lebih 6 peratus dalam GDP, bersamaan dengan lebih 50 peratus defisit perdagangan, 85 peratus eksport and lebih satu pertiga import pada FY 2017-18,” tambah gabenor Bank Negara Pakistan Tariq Bajwa.

Alipay, yang dijalankan oleh Ant Financial di bawah Alibaba Group, dikatakan telah mengecualikan yuran transaksi untuk penggunaan teknologinya semasa tempoh percubaan selama satu tahun.

“Dengan membuang kos orang tengah, perkhidmatan penghantaran wang yang baru ini akan mengurangkan kos transaksi untuk pengguna akhir,” bank itu berkata dalam satu kenyataan.

Walalupun Pakistan seperti menerima potensi teknologi Blockchain, ia mengambil kedudukan negatif terhadap matawang kripto sehingga kini. Pada bulan April, bank pusat negara itu, mengeluarkan kenyataan menyekat syarikat kewangan dari berkerja dengan firma matawang kripto.

“Apa-apa transaksi berkaitan matawang kripto akan dilaporkan serta-merta kepada Financial Monitoring Unit (FMU) sebagai transaksi yang mencurigakan.”merujuk bank pusat pada waktu itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/pakistani-bank-teams-with-alipay-for-blockchain-remittances

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads