Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

PBoC Mencari Bakat Blockchain Untuk Membantu Membangunkan Mata Wang Digital Negara

 

People’s Bank of China (PBoC) sedang bekerja untuk merekrut ahli teknologi dan pakar undang-undang blockchain kerana ia meneruskan usahanya membangunkan mata wang digital bank pusatnya. Mengikut iklan tersebut, bank pusat ingin menggajikan empat jurutera dengan kepakaran dalam seni bina sistem, reka bentuk cip, pembangunan dan aplikasi blockchain, kriptografi dan reka bentuk protokol keselamatan.

Berdasarkan penerangan kerja, jurutera akan bertanggungjawab untuk membangunkan perisian mata wang digital yang berkaitan dengan fiat, mata wang kripto dan model keselamatan, dan pemprosesan transaksi urus niaga mata wang digital. Selain itu, bank pusat juga berusaha untuk meningkatkan tenaga kerja untuk mengkaji implikasi undang-undang dan ekonomi mata wang kripto. Maka PBoC turut ingin merekrut dua pakar dalam bidang kewangan dan ekonomi untuk menumpukan pada menganalisis teori ekonomi dan merancang mekanisme monetari untuk mengeluarkan mata wang digital negara, serta mengkaji sebarang risiko pengawalseliaan.

Walaupun bank pusat tidak mendedahkan saiz semasa pasukan penyelidikan mata wang digital, pencarian bakat baru memberi isyarat kepada bank pusat menggandakan usaha untuk membangun dan melancarkan mata wang digital negara berasaskan yuan dengan ciri teras dari mata wang kripto lain.

Sumber:

https://www.coindesk.com/pboc-is-seeking-blockchain-talent-to-help-build-its-central-bank-crypto/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.