Default – Above Header Ads

Pedagang JPMorgan Dituduh dengan Manipulasi Pasaran Sekali Lagi

Department of Justice Amerika Syarikat telah mendakwa pengurus atasan di JPMorgan Chase atas kesalahan manipulasi pasaran, menurut laporan Reuters. Selama hampir satu dekad, menurut dakwaan DoJ, pedagang Gregg Smith, Michael Nowak dan Christopher Jordan didakwa telah memanipulasi harga futures emas, perak, platinum dan palladium di bursa saham New York dan Chicago Mercantile Exchanges.

Kesemua inidividu yang didakwa memegang jawatan tinggi di JPMorgan Chase & Co. Smith adalah pengarah eksekutif dan pedagang di kaunter logam berharga, sementara Nowak menjalankan keseluruhan kaunter sebagai pengarah urusan. Kedua-duanya masih bekerja di JPMorgan, walaupun mereka digantung selepas pendakwaan itu.

Jordan meninggalkan JPMorgan pada tahun 2009 tetapi berterusan berdagang logam berharga dengan firma lain.

Ketiga-tiganya dituduh dengan spoofing, satu praktis di mana pedagang meletakkan bidaan untuk membeli atau menjual kontrak yang telah dibatalkan sebelum pelaksanaan, membolehkan mereka mempengaruhi harga untuk kelebihan mereka. Skala penglibatan itu sangat besar, dengan pendakwa raya mendakwa bahawa mereka menjalankan beribu tindakan perdagangan yang menyalahi undang-undang pada masa sama menambah lapisan permintaan berturut-turut.

Berita ini datang tidak lama selepas Pengerusi SEC mendedahkan bahawa manipulasi harga adalah halangan besar kepada Bitcoin ETF. Walaupun manipulasi pasaran juga ada dalam matawang kripto, pendakwaan terbaru ini menunjukkan bahawa pasaran ‘yang dikawal selia’ pun boleh menjadi mangsa kepada pemain yang jahat.

Ini bukanlah kali pertama pedagang JPMorgan dituduh memanipulasi pasaran. Pada tahun 2010, syarikat itu didakwa dengan manipulasi pasaran perak melalui “pengumpulan kedudukan short yang sangat besar.” Apa yang pelik adalah kes itu telah menemui jalan mati dan berkemungkinan besar diselesaikan di luar mahkamah, seperti yang dinyatakan oleh Wall Street Journal.

Malah wash trading juga bukanlah fenomena yang terhad kepada matawang kripto sahaja. Pada tahun 2014, SEC telah mendakwa Montgomery Street Research dengan menjalankan lebih daripada 200 wash trades melalui akaun broker mereka untuk menjadikan stok lebih menarik kepada pelabur. Sebelum itu, firma itu telah berjaya mengumpul $2.9 juta untuk menawarkan stok itu walaupun tidak berdaftar dengan SEC, dan mendapatkan komisyen untuk setiap penjualan.

Sumber:

https://cryptobriefing.com/jpmorgan-chase-market-manipulation-again/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads