Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pedagang Komoditi Dan Bank Utama Dunia Sokong Platform Baru Blockchain

 

Sekumpulan pedagang komoditi dan institusi kewangan telah melancarkan usaha baru berkaitan teknologi blockchain. Bank-bank yang terlibat dalam platform baru, yang digelar Komgo SA, termasuklah ABN Amro, BNP Paribas, Citi, Crédit Agricole, MUFG Bank dan Societe Generale. Projek itu telah menarik senarai terkemuka firma perdagangan, termasuk Koch Supply & Trading dan Mercuria, serta Shell dan SGS.

Macquarie, Rabobank dan Natixis adalah antara syarikat yang menubuhkan usaha baru ini. ConsenSys bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut dalam pembangunan platform. Komgo berkembang daripada ujian awal yang melibatkan beberapa syarikat, termasuk SG dan Mercuria, berpusat di sekitar projek “Easy TradING Connect”. Komitmen lebih lanjut untuk bersama-sama mewujudkan platform blokchain untuk komoditi perdagangan telah dibuat menjelang akhir tahun lepas.

“Pelancaran Komgo SA menunjukkan visi bersama untuk inovasi industri dan menggariskan komitmen berterusan di kalangan anggota untuk membina rangkaian yang benar-benar terbuka dan lebih cekap dalam perdagangan komoditi,” kata CEO Souleïma Baddi dalam satu kenyataan. Komgo SA dirancang untuk beroperasi sepenuhnya dengan dua produk menjelang akhir tahun: iaitu sistem untuk menukar surat kredit digital dan alat untuk meneruskan proses pengenalpastian pelanggan (KYC) tanpa memerlukan pangkalan data berpusat.

Sumber:

https://www.reuters.com/article/us-blockchain-commodities/banks-traders-launch-first-commodities-blockchain-platform-idUSKCN1LZ1HL

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.