Pedagang Kripto India Dilaporkan Tidak Terjejas dengan Larangan Kripto yang Dicadangkan

Nischal Shetty, CEO bursa pertukaran aset digital India, WazirX, telah berkata bahawa cadangan terbaru daripada jabatan kerajaan India untuk melarang matawang kripto sepenuhnya tidak menyebabkan impak negatif dalam jumlah perdagangan kripto tempatan.

Shetty, graduan sains komputer dari Visvesvaraya Technology University, mendedahkan bahawa dia percaya pedagang matawang kripto tempatan tidak akan terjejas “melainkan jabatan kewangan [berkata atau melakukan] sesuatu yang konkrit.”

Dalam kenyataan yang dikongsi dengan bitcoin.com, Shetty berkata bahawa WazirX merekod “jumlah perdagangan tertingginya” sewaktu April 2019 apabila bursa pertukaran tempatan itu memproses jumlah perdagangan lebih daripada $11 juta.

Menurut Shetty, “berita serupa” berkenaan larangan matawang kripto di India telah muncul sejak Oktober 2018. Namun begitu, usahawan kripto itu mendedahkan bahawa pelabur aset digital negara itu tidak lagi terjejas dengan berita seperti itu. Ini adalah kerana pedagang tempatan sedang menunggu “maklumat lebih konkrit” mengenai peraturan aset kripto dari kerajaan India.

Jacob Mani, Ketua Pemasaran platform pertukaran InstaShift yang didaftarkan di Estonia, mengesahkan bahawa laporan mengenai larangan aset kripto itu “tidak menghentikan sesiapa.” Malah, Mani mendedahkan bahawa InstaShift baru-baru ini mengalami kenaikan dalam perdagangan kripto sejak bursa pertukaran kripto popular India, Koinex, melalui penyelenggaraan sistem.

Sementara itu, Varun Sethi, pengasas di Blockchain Lawyer, firma tempatan yang menyediakan khidmat guaman untuk hal-hal perniagaan berkaitan aset kripto, percaya bahawa cadangan larangan ke atas transaksi melibatkan matawang kripto “terlalu jauh daripada menghampri perbincangan di peringkat atas atau bawah Parlimen di India.” Dia juga merasa media tempatan “membesar-besarkan berita itu.”

Ajeet Khurana, CEO bursa pertukaran Zebpay, baru-baru ini menyatakan bahawa dia bercakap dengan “semua pemegang kepentingan di Kementerian Kewangan, bank pusat dan penguatkuasa sekuriti dan walaupun sebahagian menyatakan keraguan tentang kripto, dia tidak pernah mendengar mereka bercakap ingin melarangnya.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/05/indian-crypto-traders-not-affected-by-proposed-crypto-ban-reports/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads