Default – Above Header Ads

Pegawai Bank Pusat Romania Berkata Kripto Tidak Memenuhi Peranan Matawang

 

Seorang pegawai dari bank pusat Romania telah menyatakan bahawa matawang kripto tidak akan menggantikan matawang fiat oleh bank pusat kerana ia bukan suatu matawang. Berita itu diterbitkan oleh media tempatan Business Review pada 16 April.

Daniel Daianu, seorang ahli Romanian National Bank (BNR)’s Administration Council, dilaporkan menekankan keperluan untuk sedar perbezaan antara institusi dan peranan mereka, memastikan peranan ini tidak hilang. Daianu juga bercakap tentang kepentingan membuat perbezaan antara teknologi blockchain dan matawang digital.

Daianu berkata:

“Dalam pendapat saya, ia adalah aset kewangan, bukan matawang kripto, dan mereka tidak akan boleh memenuhi peranan asas matawang. […] Matawang kripto tidak akan boleh menggantikan matawang yang dikeluarkan bank pusat. Apa yang boleh berlaku adalah bank pusat mempunyai matawang digital, tetapi yang juga dikeluarkan bank pusat, dan bank komersial akan menerima matawang digital yang boleh ditambah. Walaupun begitu, saya bersetuju bahawa teknologi baru membawa kepada pengurangan pengantara dan ciri desentralisasi menunjukkan merit rangkaian.”

Romania – yang menjadi sekutu Eropah Timur pertama kepada organisasi non-profit Amerika, Bitcoin Foundation pada tahun 2014 – mengeluarkan draf Emergency Ordinance yang mengawal selia pengeluaran wang elektronik (e-money) pada bulan Julai lalu. 

Draf itu dilaporkan menerangkan wang elektronik sebagai “nilai kewangan yang disimpan secara elektronik, termasuk magnetik, melambangkan penebusan kepada pengeluar yang dikeluarkan ke atas resit dana untuk tujuan membuat pembayaran transaksi dan diterima oleh individu selain pengeluar wang elektronik.”

Sumber: 

https://cointelegraph.com/news/romanian-central-bank-official-says-crypto-will-not-fulfil-basic-roles-of-currency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.