Default – Above Header Ads

Pegawai ECB Menyatakan bahawa Stablecoin Membawa Risiko kepada Keutamaan Polisi Awam

Ahli lembaga pengarah European Central Bank (ECB) telah menyatakan bahawa stablecoin seperti Libra coin Facebook membawa risiko kepada keutamaan polisi awam.

Benoit Couere menyampaikan komennya tentang isu pengawalseliaan stablecoin di mesyuarat di Bank of International Settlements (BIS) di Basel, Switzerland, menurut laporan Reuters pada 16 September. Menurut Couere:

Stablecoin kebanyakkan tidak diuji, terutama dalam skala yang diperlukan untuk menjalankan sistem pembayaran global. […] Mereka menambah risiko serius yang berkaitan dengan keutamaan polisi awam. Peringkat untuk kelulusan pengawal seliaan akan menjadi sangat tinggi.”

Acara di BIS telah merumahkan 26 bank pusat global dan kumpulan disebalik projek Libra untuk menilai risiko kestabilan kewangan projek tersebut. Acara itu dilaporkan adalah pertemuan besar pertama antara pengasa Libra dan pembuat polisi global sejak Facebook mendedahkan perancangannya untuk projek stablecoin itu pada 18 Jun.

Sebelum ini Coeure mengarahkan Libra coin untuk tidak dilancarkan selagi pengawal selia global masih belum puas hati. Dia berkata stablecoin yang dicadangkan itu perlu menjamin keselamatan kepada pengguna sebelum ia boleh dilancarkan, dan menambah bahawa jaminan perlindungan privasi pengguna dan hak pengguna memerlukan pertimbangan signifikan dan perbincangan yang panjang oleh penguatkuasa. Coeure juga menggalakkan pengawal selia kewangan untuk bertindak pantas untuk bersiap sedia dengan pelancaran Libra.

Dalam mesyuarat yang diadakan antara pengasas Libra dan bank pusat global di Basel, CEO Calibra David Marcus telah ke hadapan untuk melindungi kedudukan Libra Association.

Marcus menyatakan bahawa projek Libra tidak berniat untuk membentuk matawang baru, tetapi hanya ingin membina “sistem dan rangkaian pembayaran yang lebih baik yang berjalan di atas matawang sedia ada” untuk menyampaikan nilai kepada pengguna diseluruh dunia. Dia menekankan bahawa tidak terdapat penciptaan wang baru, yang akan “kekal sebagai teras negara”.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ecb-official-stablecoins-pose-risks-to-public-policy-priorities

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.