Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pegawai Jabatan Sains Dan Teknologi Iran: Blockchain Boleh Tingkatkan Ekonomi Negara

 

Seorang pegawai naib presiden kerajaan Iran untuk bidang sains dan teknologi mengatakan blokchain dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Alireza Daliri, timbalan pembangunan dan sumber pengurusan di jabatan naib presiden sains dan teknologi, dipetik sebagai berkata bahawa blockchain adalah salah satu teknologi baru yang Iran harus selaraskan dengan rakan-rakan antarabangsanya, dengan menyatakan bahawa “lebih dari 140 negara” kini mendapat manfaat daripada ciptaan itu.

Daliri dilaporkan telah mengakui kebimbangan beberapa negara tentang kemungkinan risiko teknologi, tetapi menyatakan keyakinannya bahawa potensi positif blockchain melebihi kelemahannya.

Beliau dilaporkan menggariskan prinsip-prinsip infrastruktur blockchain, menekankan kekebalan datanya dan sistem teknologi kriptografi yang kuat, sambil menambah bahawa naib presiden telah memutuskan untuk melaksanakan teknologi ini merentasi pelbagai bidang. Daliri menyatakan bahawa blokchain dapat menyelaraskan prosedur birokrasi yang rumit, dan jabatan itu akan berusaha sebaik mungkin untuk menyokong inisiatif blockchain sektor swasta.

Sumber:

https://www.tehrantimes.com/news/430724/Blockchain-can-help-improve-Iran-s-economy-official

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.