Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pegawai Perdagangan Brazil berkata Reformasi Cukai akan Membawa kepada Lari Cukai Melalui Kripto

Ketua persatuan perdagangan Brazil yang besar, the Federation of Industries of the State of São Paulo (FIESP), berkata bahawa rakyat Brazil boleh mula menggunakan kripto untuk lari dari cukai.

Paulo Skaf, presiden FIESP, menyatakan kebimbangannya tentang cadangan reformasi cukai terbaru oleh Presiden Brazil Jair Bolsonaro, menurut laporan Cointelegraph Brazil pada 25 Julai. Dia dilaporkan telah memberi amaran bahawa sistem cukai baru boleh memaksa rakyat negara itu untuk menggunakan kripto seperti Bitcoin untuk tujuan lari cukai.

Dalam temubual terbaru dengan surat khabar tempatan Folha de São Paulo, Skaf mengkritik reformasi cukai terbaru itu, memanggilnya suatu kesilapan yang membawa kepada lari cukai dan juga situasi yang tidak diingini dalam pelbagai sektor. Skaf berkata:

“Ini akan membawa kepada pemindahan ke bentuk pembayaran lain, seperti matawang kripto. Ia akan menjadi tidak adil: mereka yang berdagang dalam matawang kripto tidak akan membayar [cukai], dan mereka yang berdagang dalam fiat perlu membayarnya.”

Presiden Bolsonaro baru-baru ini berkata bahawa kerajaan itu mencari untuk memudahkan cukai persekutuan dengan menggabungkan beberapa cukai yang sedia ada kepada satu cukai. Menurut penerbitan tempatan dalam Bahasa Inggeris The Rio Times, perubahan cukai pendapatan dijangka akan dicadangkan pada bulan Ogos, dengan kerajaan merancang untuk menggabungkan lima cukai penggunaan kepada satu cukai persekutuan dengan kadar 15%.

Sementara itu, Kementerian Ekonomi Brazil baru-baru ini melaraskan kembali unjuran perkembangan 2019 kepada 0.8% (separuh daripada angka sebelum ini) kerana pentadbiran itu sedang berusaha untuk menambah wang tunai walaupun dengan pendapatan yang sedikit. Pada 20 Julai, Bolsonaro berkata bahawa kerajaan persekutuan Brazil perlu memotong bajet sebanyak 2.5 billion reals ($661 juta) kerana perkembangan ekonomi yang lemah berterusan mengurangkan pendapatan negara itu.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, kadar pengangguran Brazil adalah dalam 12.5%, dengan lebih 13 juta rakyat Brazil menganggur pada masa kini. Dalam keadaan itu, kemudahan untuk memasuki matawang kripto dan kemungkinan pulangan yang besar telah menjadi tarikan yang sangat besar buat pelabur dalam negara itu.

Baru-baru ini, Jabatan Pendapatan Persekutuan Brazil telah mengeluarkan peraturan baru mengarahkan bursa pertukaran kripto untuk mengumpul dan melaporkan data transaksi pengguna untuk mengenal pasti penipuan cukai.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/brazilian-trade-official-says-tax-reform-will-lead-to-evasion-via-crypto

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads