Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Peguam: “Adakah KYC Berbaloi Digunakan Kerana Ia Mendedahkan Pengguna Kepada Penggodaman dan Pencurian Identiti ?”

Berikutan kebocoran data BitMEX baru-baru ini, peguam dan penasihat am pada syarikat permulaan pembiayaan kewangan yang terdesentralisasi, Compound Finance, Jake Chervinsky menimbulkan persoalan sama ada mendedahkan orang ramai kepada risiko manipulasi data disebabkan oleh kegunaan Know-Your-Customer (KYC) masih berbaloi.

Dalam tweet pada 1 November, Chervinsky memanggil keperluan KYC “adalah pedang bermata dua.” Dia menjelaskan bahawa KYC membantu penguatkuasaan undang-undang untuk menjejaki transaksi haram tetapi juga mendedahkan orang awam kepada penggodaman, pencurian harta dan identiti. Akhirnya, Chervinsky menimbulkan persoalan: “Ini adalah masa kita menimbang semula jika kelebihan dan risiko itu berbaloi.”

Chervinsky juga mengakui bahawa dia tidak mengetahui prosedur pengenalpastian KYC yang digunakan oleh BitMEX secara terperinci, tetapi mendakwa bahawa “menggunakan model berasaskan akaun adalah bentuk KYC.” Dia menjelaskan bahawa menyimpan banyak maklumat peribadi yang dikenal pasti – Personally Identifiable Information (PII) pada server berpusat mempunyai implikasi yang serius: “Saya katakan kita harus mempertimbangkan apakah manfaat mengumpul jumlah PII yang besae ke titik kegagalan tunggal membenarkan risiko ini untuk berlaku.” Pertukaran derivatif kripto BitMEX mengakui semalam bahawa ia secara tidak sengaja membocorkan e-mel pengguna dengan melupakan penggunaan ‘blind carbon copy’ dalam penghantaran emelnya.

Rujukan:

https://twitter.com/jchervinsky/status/1190318359843201025

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads