Default – Above Header Ads

Peguam QuadrigaCX Menubuhkan Jawatankuasa Pengguna yang Terjejas

 

Satu jawatankuasa baru yang dilantik oleh firma guaman Miller Thompson dan Cox & Palmer akan memberi panduan dalam mewakili klien yang terjejas oleh bursa pertukaran besar Kanada, QuadrigaCX. Perkembangan ini diumumkan dalam notis mahkamah pada 19 Mac.

Dalam pemfailan itu, Miller Thompson mendedahkan bahawa ia telah menubuhkan Jawatankuasa Rasmi Pengguna yang Terjejas (Official Committee of Affected Users), mewakili tujuh pengguna yang terjejas kerana penutupan bursa pertukaran kripto itu selepas kematian pengasas bersama, Gerald Cotten pada bulan Disember.

Pada waktu itu, bursa pertukaran itu dilaporkan tidak boleh akses penyimpanan cold wallet, kerana Cotten adalah satu-satunya individu yang mempunyai akses kepada private key. Dengan aset kripto yang tidak boleh diakses dilaporkan merangkumi hampir semua aset bursa pertukaran itu, QuadrigaCX kini berhutang sebanyak $194.8 juta kepada anggaran sebanyak 115,000 pengguna.

Jawatankuasa baru itu ditubuhkan untuk membantu firma guaman mewakili pengguna yang terjejas dalam prosiding mahkamah terhadap QuadrigaCX. Jawatankuasa itu dilaporkan “melantik penasihat, pakar dan konsultan untuk memberi nasihat dan bantuan kepada jawatankuasa itu dan juga Kounsel Perwakilan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.”

Ahli jawatankuasa itu mempunyai pelbagai latar belakang termasuk pemain industri seperti Eric Bachour, kreditor kepada bursa Mt Gox, dan Magdalena Gronowska, yang mempunyai pengalaman sebagai penasihat pembangunan polisi ekonomi untuk kerajaan Ontario.

Miller Thompson  dan Cox & Palmer dilantik sebagai wakil guaman QuadrigaCX pada bulan Februari di bawah arahan Mahkamah Tertinngi Nova Scotia, Hakim Michael Wood. Perwakilan itu bertanggungjawab untuk “menguruskan komunikasi dengan pengguna; bertindak sebagai wakil pengguna untuk monitor (EY); mewakili kepentingan pengguna di mahkamah; mengenalpasti konflik kepentingan dalam kalangan pengguna; dan mewakili privasi pengguna.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/quadrigacxs-legal-representatives-create-affected-users-committee

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.