Default – Above Header Ads

Pejabat Datuk Bandar Los Angeles Menganjurkan Pertandingan Startup Blockchain

Pejabat Bajet dan Inovasi Datuk Bandar Los Angeles dan Information Technology Agency (ITALA) telah bekerjasama dengan Goren Holm Ventures (GHV) untuk menganjurkan pertandingan startup blockchain yang dipanggil Block Tank.

Menurut kepada sidang media oleh Goren Holm Ventures yang diterbitkan pada 16 September, acara itu akan dijalankan di hadapan panel hakim selebriti di persidangan blockchain yang fokus kepada pelaburan, CIS.

Pemenang akan menerima tawaran pelaburan minimum $25,000 dari GHV dan projek pilot bernilai $25,000 dengan bandar itu. Ted Ross, CIO bandar LA berkata:

“Menggunakan teknologi canggih untuk menambah baik kehidupan penduduk LA dari dulu sudah menjadi keutamaan untuk ITALA. […] Kami sangat teruja dengan kerjasama kami dengan GHV untuk meneroka dan membekalkan penyelesaian blockchain di CIS.”

Bidang yang layak untuk projek pilot itu adalah kelestarian alam sekitar, pengundian atas talian dan ID residen. Empat startup akan dipilih oleh bandar itu untuk dihakimi oleh panel yang termasuk pelabur jutawan dan penyokong Bitcoin Tim Draper, yang baru-baru ini berkata bahawa ramalan harga $250,000 untuk Bitcoin adalah konservatif. Hakim-hakim lain akan diumumkan selepas penyertaan mereka disahkan.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, gergasi pengurusan perkhidmatan teknologi maklumat Gartner menjangka blockchain akan menjadi transformatif untuk kebanyakan industri dalam masa 10 tahun.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/los-angeles-mayors-office-hosts-blockchain-startup-competition

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads