Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pekerja IT Australia Didakwa atas Kesalahan Perlombongan di Agensi Kerajaan

Satu lagi kes seorang individu yang mengambil kesempatan menggunakan sistem komputer kerajaan untuk melombong matawang kripto telah didedahkan; kali ini di Australia.

Seorang pekerja IT Australia telah didakwa atas kesalahan menyalahgunakan kedudukannya sebagai kontraktor dan menggunakan sistem komputer agensi kerajaan secara haram, menurut polis Sydney.

Walaupun aktiviti menggunakan peralatan kerajaan untuk melombong secara haram jarang berlaku terdapat kes-kes yang didedahkan sepanjang tahun lalu. Pada tahun 2018, pegawai keselamatan Rusia menahan saintis di bangunan warhead rahsia di Sarov, dalam 386 km timur Moscow. Beberapa saintis telah cuba menggunakan salah satu supercomputer paling berkuasa Rusia untuk melombong Bitcoin.

Dalam satu lagi kes dua pengetua di wilayah Hunan, China, yang dijumpai melombong di sebuah sekolah Chenzhou, menjalankan 6 mesin sepanjang masa di kelas di sekolah itu.

Pekerja berumur 33 tahun itu didakwa oleh polis Persekutuan Australia di bawah seksyen 477.2 dan 478.1 Criminal Code Act 1995 atas kesalahan “Modifikasi data tanpa kebenaran untuk menyebabkan kerosakan” dan “Modifikasi data yang dilindungi”.

Dengan kes terbaru di Australia ini, Komander Chris Goldsmid, Pengurus Operasi Jenayah Siber, berkata eksploitasi seperti ini adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan awam:

“Pembayar cukai Australia meletakkan kepercayaan mereka kepada pegawai awam untuk menjalankan peranan penting dalam komuniti dengan penuh integriti. Apa sahaja tindakan jenayah yang mengkhianati kepercayaan ini untuk keuntungan peribadi akan disiasat dan dikenakan hukuman.”

Sumber:

https://bitcoinnews.com/australian-it-worker-charged-for-crypto-mining-at-government-agency/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads