Default – Above Header Ads

Pelabur Bitmain Boleh Fail Saman Tindakan Kelas Terhadap Syarikat itu

 

Pengkritik pelombong matawang kripto Gergasi Bitmain, BTCKING555, berkata sekumpulan pelabur sedang menyediakan saman tindakan kelas terhadap syarikat itu dalam tweet pada 26 Mac.

BTCKING555 berkata bahawa beberapa pelabur Bitmain akan memfailkan saman tindakan kelas terhadap syarikat itu di Hong Kong, dengan tujuan mendapatkan kembali pelaburan mereka selepas bidaan IPO Bitmain tamat tempoh.

Menurut tweet itu:

“…saya sudahpun memberi amaran banyak pelabur dan menghalang mereka daripada melabur pada bulan ogos. Kepada mereka yang tidak mendengarnya, Selamat berjaya mendapatkan kembali wang anda. Saya dengar saman tindakan kelas sedang disiapkan di Hong Kong.”

BTCKING555 juga mendakwa tahun lalu, Bitmain mengutip $700 juta dan menyelamatkan syarikat itu daripada bankrap. Pelabur dilaporkan teruja kerana nilai saham mereka akan naik secara signifikan, walaupun ia masih belum berlaku:

“Tiada siapa akan mendekati Bitmain untuk pembiayaan dan menjangka litigasi untuk pelabur cuba mendapatkan kembali wang mereka. Jika tidak kerana kutipan $700 juta, Bitmain akan bankrap kini. Jihan dan CFO telah menipu angka dan pelabur (Softbank, Tencent) untuk mengunci kapital.”

EXMO affiliate program

Kenyataan BTCKING555 datang berikutan berita pemfailan Bitmain untuk menyenaraikan IPO di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) yang telah tamat tempoh. Menurut peraturan penyenaraian HKEX, pemfailan yang telah tamat tempoh tanpa laporan pengesahan Jawatankuasa akan menjadikan permohonan itu tidak sah.

Bitmain pertama kali mengesahkan perancangan penyenaraian IPO pada pertengahan tahun 2018, pada masa sama CEO Bitmain Jihan Wu mendedahkan bahawa firma itu mempertimbangkan IPO antarabangsa di pasaran yang menggunakan USD, seperti Hong Kong.

Kemudian di bulan Ogos, laporan telah muncul mengatakan Bitmain menutup perjanjian pembiayaan IPO yang melibatkan Tencent dan SoftBank Jepun, membawa kepada penilaian $15 bilion.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitmain-investors-could-file-a-class-action-lawsuit-against-company-says-critic

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.