Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelabur Industri Berpindah Fokus dari Kripto ke Penggabungan Aplikasi

Menurut laporan “Investments in Blockchains 2019”, yang memberi pandangan ke dalam trend pasaran blockchain dan pelaburan pada tahun 2019, syarikat yang fokus kepada blockchain telah mendapatkan $23.7 bilion sejak tahun 2013. Peningkatan dalam minat dalam kalangan pelabur peringkat permulaan adalah hasil daripada pulangan sangat besar daripada pelaburan awal dalam Bitcoin dan Ether.

Menurut kajian itu, terdapat peralihan dalam fokus dari pelaburan matawang kripto sahaja kepada penggabungan aplikasi dalam tahun 2019. Walaupun begitu, AI mendahului dalam pasaran, dengan 33.8% bahagian, diikuti data dan pemilikan.

Dari segi pembiayaan peringkat permulaan pula, laporan itu menyatakan bahawa seed stage melihat 30 kali lebih banyak daripada jumlah pre-seed, manakala pusingan Series A pula mengeluarkan 10 kali lebih banyak dari pusingan seed stage. Pada masa sama, walaupun dana pusingan Series A dilaporkan merangkumi hanya 12.8% daripada semua pusingan dana, ia menarik lebih daripada 33% pembiayaan kapital yang boleh didapati.

Laporan itu juga membuat kenyataan tentang syarikat yang tidak bersedia untuk pusingan Series B:

“Namun begitu, kekerapan ini tidak bertukar kepada jumlah yang semakin besar dalam pusingan seterusnya. Kadar pengakhiran syarikat blockchain adalah tinggi kerana cabaran yang datang dari pengawalseliaan, kekurangan traction dan akses kepada pelabur yang membiayai firma selepas series B.”

Dari segi geografi, AS mendominasi dalam projek blockchain yang dibiayai, melihat lebih banyak pelaburan dari gabungan UK, China dan Singapura. San Francisco adalah ketua global dalam pembiayaan startup blockchain. London telah menjadi hab untuk syarikat peringkat permulaan mencari untuk mengumpul dana di pusingan seed stage, dengan lebih kurang $1 bilion dikumpul oleh firma sejak 2013.

Laporan bulan Mei dari International Data Corporation berkenaan perbelanjaan blockchain global menunjukkan bahawa ia akan merangkumi hampir $2.9 bilion dalam tahun 2019, iaitu peningkatan 88.7 peratus dari 2018. AS akan melihat perbelanjaan blockchain paling besar bernilai $1.1 bilion, diikuti Eropah Barat dan China, yang dijangka akan melabur $674 juta dan $319 juta.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/industry-investors-shift-focus-from-crypto-to-convergence-apps-report

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.