Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelajar Sekolah Menengah Perancis Akan Belajar Mengenai Bitcoin Dan Kripto

Perancis akan memperkenalkan modul pendidikan kepada kurikulum sekolah menengah yang meliputi Bitcoin (BTC) dan matawang kripto. Pada bulan Jun, Kementerian Pendidikan Nasional Perancis meminda rancangan kajiannya untuk menggabungkan ilmu berkenaan Bitcoin dalam sistem pendidikannya. Pendidik Perancis dijangka mengajar kursus pengenalan yang akan membantu para pelajar dalam memahami kesan Bitcoin terhadap ekonomi Perancis dan global.

Kementerian juga turut menyediakan guru-guru dengan tiga video penjelasan pendidikan yang menangani soalan-soalan seperti “Adakah Bitcoin mata wang masa depan?”, “Bolehkah Bitcoin menggantikan Euro?” Dan “Adakah anda mempunyai kepercayaan dalam mata wang anda?”. Menurut garis besar kementerian, pelajar akan dikehendaki untuk membandingkan Bitcoin dengan matawang fiat, yang akhirnya akan membawa kepada pengetahuan asas tentang Bitcoin, matawang kripto dan peranan mereka dalam dunia kewangan tradisional.

Oleh kerana ia hanya kursus pengenalan kepada Bitcoin, pelajar tidak dijangka meninggalkan kelas sebagai pakar kripto sepenuhnya. Walau bagaimanapun, mengajar pelajar-pelajar muda beberapa maklumat mengenai Bitcoin dan matawang kripto akan memberi mereka pengetahuan yang semakin relevan kerana kini matawang kripto lebih banyak diterima pakai.

Rujukan:

https://cache.media.eduscol.education.fr/file/SES/96/5/RA19_Lycee_G_SPE_SES_1ere_monnaie-ses_1172965.pdf

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.