Default – Above Header Ads

Pelombong Bitcoin Berkata Tenaga Solar Menjimat Kos Perlombongan Hingga 75%

 

Keadaan pasaran dan kos elektrik telah menurunkan kadar keuntungan perlombongan secara signifikan. Hasilnya, pelombong matawang kripto berskala besar dan kecil terpaksa beralih ke tenaga boleh diperbaharui untuk mengurangkan kos operasi perlombongan.

Pelombong matawang kripto telah berusaha untuk merendahkan kos mereka sejak kewujudan BTC. Kini, beberapa pelombong telah mula menggunakan tenaga solar untuk menjalankan operasi mereka. Contohnya, pengguna Reddit “cadese” mendakwa dia menggunakan panel solar untuk mengurangkan kos dengan banyak, dan dia berkata:

“Perlombongan Bitcoin telah memaksa saya ke kuasa solar. Saya baru sahaja memasang panel solar untuk menjalankan peralatan perlombongan saya pada waktu siang. Bukan sahaja rumah saya boleh dipanaskan tetapi saya menjimatkan kos perlombongan sebanyak 75%. Kenapa? Ia bukanlah bentuk tenaga yang paling murah, tetapi saya membuang kos pemindahan-grid dan cukai (=75%!)

Perlombongan Bitcoin menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui sebenarnya lebih berleluasa daripada yang dijangka.

Pada bulan November 2018, CoinShares Research menerbitkan whitepaper yang memeriksa trend, kos dan penggunaan tenaga perlombongan Bitcoin. Menurut penulis, kajian itu menunjukkan bahawa perlombongan Bitcoin berlaku dalam lokasi global yang mempunyai sumber tenaga boleh diperbaharui. Tambahan lagi, laporan itu menekankan bahawa 80 peratus daripada perlombongan dikuasakan oleh tenaga yang boleh diperbaharui.

Azultec Cube300 mengiklankan bahawa pelombong boleh menjana matawang kripto dengan pilihan “untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan mendapat kembali 72 peratus daripada tenaga haba yang dijana.”

Pelombong skala kecil juga kini mempunyai pilihan seperti Cryptoscholartech, sebuah projek yang mempunyai objektif utama untuk membangunkan ladang perlombongan matawang kripto terbesar yang dijalankan menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui.

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-miner-says-solar-energy-cuts-mining-costs-by-75/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.