Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelombong Bitcoin China Dipaksa Untuk Mengurangkan Skala Operasi Kerana Kekurangan Tenaga Elektrik

Pelombong Bitcoin (BTC) di wilayah Sichuan di China dilaporkan di bawah tekanan pihak berkuasa untuk mengurangkan operasi mereka kerana kekurangan bekalan elektrik. Semasa musim kemarau, yang bermula dari Oktober hingga April, bekalan elektrik jatuh secara drastik di barat daya China, sebab itulah pihak berkuasa tempatan mengetatkan kawalan mereka pada syarikat perlombongan untuk mengurangkan operasi mereka.

Syarikat-syarikat perlombongan Bitcoin dilarang secara rasmi tetapi dibolehkan di wilayah Sichuan semasa musim hujan apabila stesen tenaga hidro menghasilkan lebih banyak elektrik daripada yang diperlukan, dengan menggunakan tenaga yang berlebihan hasil hujan lebat Asia Timur. Walau bagaimanapun, semasa musim kemarau, pihak berkuasa tempatan cuba menjamin bekalan kuasa yang mencukupi untuk penduduk dan perniagaan tempatan dan oleh itu mengarahkan tumpuan mereka kepada operasi perlombongan Bitcoin, yang menggunakan jumlah elektrik yang berlebihan untuk melaksananakn operasi perlombongan mereka.

Pihak berkuasa China bukan sahaja menjejaki dan menghapuskan operasi perlombongan BTC. Mereka juga telah mula menyiasat loji tenaga elektrik. Dua loji kuasa telah menerima denda sekitar $ 140,000 pada bulan Disember kerana memberikan bekalan elektrik kepada pusta operasi perlombongan Bitcoin tanpa mendapatkan lesen bekalan kuasa.

Rujukan:

https://www.asiatimes.com/2019/12/article/dry-season-offensive-against-china-bitcoin-miners/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.