Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelombong Bitcoin Riot Miner Umumkan Pembelian Tambahan 1,000 Mesin Pelombong Bitcoin

Syarikat perlombongan matawang kripto, Riot Blockchain mengumumkan pembelian 1,000 mesin pelombong Bitcoin generasi baru, Bitmain S17-Pro Antminer pada 12 Disember. Ini melengkapkan peningkatan kemudahan perlombongannya di Oklahoma City, berikutan pembelian awal 3,000 unit yang diumumkan pada 4 Disember. Mesin perlombongan ASIC generasi terkini daripada gergasi perkakasan perlombongan Bitmain ini mempunyai peningkatan 50% kecekapan tenaga berbanding dengan S9 Antminers yang kini digunakan oleh Riot.

Syarikat itu menjangkakan bahawa mesin-mesin pelombong baru akan menjana 440% daripada hashrate S9 dengan hanya menggunakan 220% kuasa. Riot Miner telah melombong lebih dari 1,820 Bitcoins (BTC) pada suku ketiga 2019, mencatatkan margin keuntungan kasar sebanyak 14% (tidak termasuk penyusutan dan pelunasan), dan berharap dapat meningkatkan angka ini apabila pembelian baru ini akan digunakan pada Q1 2020.

Dengan mengandaikan penggunaan sepenuhnya bekalan elektrik sebanyak 12-megawatt yang tersedia di Oklahoma City, dan penggunaan sejumlah 4,000 pelombong baru, Riot Miner menganggarkan hashrate operasi agregat akan berjumlah 248 petahash (248 quadrillion hases) sesaat. Riot Miner dilaporkan membayar kira-kira $ 1.35 juta dolar untuk tambahan 1,000 S17-Pro Antminer, atau sekitar $ 1,350 per rig. Harga runcit yang disenaraikan di kedai web Bitmain adalah $ 1401 seunit, walaupun ini tidak termasuk cukai jualan tempatan.

Rujukan:

https://www.prnewswire.com/news-releases/riot-blockchain-announces-purchase-of-additional-1-000-next-generation-bitmain-s17-pro-antminers-completing-upgrade-of-its-oklahoma-city-mining-facility-300974364.html

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.