Default – Above Header Ads

Pelombong Bitcoin Sepanyol Rancang Ladang Solar Berkapasiti 300 MW

Cryptosolartech, sebuah syarikat perlombongan matawang kripto Sepanyol yang menggunakan tenaga boleh diperbaharui untuk operasinya, telah mengupah pembuat panel solar photovoltaic China untuk membina stesen jana kuasa solar dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 300 MW. Risen Energy Spain, anak syarikat Sepanyol dari Risen Energy China, bekerjasama dengan Cryptosolartech untuk membina ladang solar di negara Eropah Selatan dengan tujuan menggunakanelektrik yang dikeluarkan dari ladang solar semata-mata untuk perlombongan mata wang kripto.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Cryptosolartech, pembangunan ladang solar akan dijalankan secara berperingkat. Fasa pertama projek itu akan melibatkanmemasang tiga ladang solar dengan panel solar photovoltaic, dengan kapasiti gabungan sebanyak 45 MW di wilayah Seville, Sepanyol. Tenaga yang dihasilkan dari ladang-ladangsolar ini akan disalurkan ke ladang perlombongan mata wangkripto yang kini terletak di bandar Malaga.

Walaupun dua ladang solar sudah beroperasi, Cryptosolartechjuga mempunyai tiga ladang solar lain yang sedang dibina. Ladang solar yang telah siap ialah Marchena dan Cantillana manakala ladang solar yang sedang dibina ialah Salteras, Palomares dan Alcala de Guadaira.

Sumber:

https://medium.com/@cryptosolartech/tenemos-buenas-noticias-e1d86b9053f4

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.