Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelombong Gergasi Rusia akan Mentokenisasi Paladium

 

Jutawan Rusia, Vladimir Potanin merancang untuk mencipta matawang kripto yang bersandarkan paladium, menurut laporan Bloomberg pada 27 Mac.

Potanin – CEO syarikat perlombongan dan peleburan nikel Rusia dan paladium MMC Norilsk Nickel PJSC (Nornickel) – merancang untuk melancarkan token untuk mendagangkan paladium melalui dana paladium beroperasi di Switzerland, dan ingin melancarkan beberapa platform digital.

Menurut Bloomberg, platform itu akan membolehkan transaksi yang lebih lanncar. Buat masa ini, jika seorang pembeli menemui bahawa mereka tidak memerlukan jumlah yang ditetapkan dalam suatu pembelian, dia perlu berunding dengan pembekal atau menyimpan lebihan bekalan itu sehingga mereka menjumpai pembeli. Tetapi, dengan aset token, mereka boleh menjual lebihan itu kepada pihak ketiga dengan lebih mudah.

Nornickel juga sedang membangunkan platform digital untuk transaksi dalaman, yang dikatakan membolehkan bank pusat Rusia menguji sistem jenis blockchain dalam satu syarikat, tanpa menjejaskan ekonomi yang lebih besar. Namun begitu, pelancaran platform digital itu perlu mendapat kelulusan di peringkat legislatif, dan jika Rusia gagal implementasi undang-undang sepatutnya, Potanin akan meneruskan dalam bidang kuasa lain.

Paladium mempunyai pelbagai kegunaan dalam pelbagai industri termasuk pergigian, elektronik, barang kemas, pemangkin dan fotografi. Harga futures Jun paladium telah menurun hampir $112 (7.9 peratus) setiap auns sewaktu penulisan selepas mencecah rekod tinggi minggu yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/russian-mining-giant-to-tokenize-palladium

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.