Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelombong Kripto China Menjangka Bitcoin akan Mencapai $740k

 

Zhu Fa, pengasas bersama Poolin, mining pool kripto yang beroperasi di China, menjangka harga Bitcoin akan mencecah 5 juta Yuan ($738,000), menurut laporan berita kripto tempatan 8BTC pada 11 Februari.

Walaupun Zhu mengatakan ia “kini seperti pasaran yang menurun”, dia dilaporkan menjangka pada kenaikan seterusnya, harga Bitcoin akan naik 10-20 kali ganda lebih tinggi dari yang sebelumnya. Zhu juga menyatakan bahawa kenaikan harga tinggi seperti yang menghasilkan Bitcoin pada harga $20,000 pada tahun 2017, akan sentiasa wujud,menambah bahawa kenaikan seterusnya mungkin yang terakhir.

Ramalan dari pakar dalam pelbagai aspek ruangan kripto berbeza dari yang sangat bullish kepada sangat bearish. Sewaktu acara blockchain pada April 2018, hartawan pelaburan Tim Draper meramal bahawa menjelang 2022 harga Bitcoin boleh mencapai $250,000.

Awal minggu ini, CEO dan pengasas Digital Currency Group dan Grayscale Investments, Barry Silbert, berkata bahawa nilai kebanyakan token digital “akan turun ke kosong”. Dia menambah bahawa, “Hampir semua ICO hanya cubaan untuk mengutip wang tetapi tiada kegunaan kepada token projek itu.”

Mining pool Zhu, Poolin, merangkumi 10.45% daripada bahagian rangkaian global, Menurut BTC.com. Keadaan pasaran yang menurun telah menjejaskan aktiviti perlombongan matawang digital. Beberapa syarikat perlombongan di China telah mula menjual peralatan perlombongan dalam kilogram.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/chinese-crypto-miner-predicts-that-bitcoin-could-reach-740k

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads