Default – Above Header Ads

Pelombong ‘Satoshi Nakamoto’ Mengawal 40% daripada Hashrate BCH, Ramai Menjangka Serangan 51%

Sepanjang minggu lalu, seorang pelombong misteri yang memanggil dirinya ‘Satoshi Nakamoto’ telah melombong dalam skala yang besar. Dan sasarannya adalah Bitcoin Cash.

Nama pengasas Bitcoin itu nampaknya disukai oleh pemain jahat, atau sekurang-kurangnya yang dicurigai. Seperti data dari Coin Dance, pelombong ‘Satoshi Nakamoto’ kini mengawal hampir 40 daripada hashrate Bitcoin Cash. Minggu lalu, angka ini hanya setinggi 35%.

Ramai pengguna reddit percaya bahawa ini akan menyebabkan penerusan peperangan hash yang bermula tahun lalu apabila Bitcoin SV keluar daripada rantaian Bitcoin Cash.

Redditors menganggap bahawa ‘Satoshi Nakamoto’, yang melombong BCH secara agresif, boleh jadi adalah ketua Bitcoin SV, Craig Wright.

Minggu ini, pelombong ‘Satoshi Nakamoto’ sudah mengawal 44%. Apabila pelombong mengawal majoriti hashrate (51%) di blockchain, mereka boleh memulakan serangan double-spend.

Perbincangan itu bermula di Reddit sehari yang lalu, apabila redditor ‘u/money78’ menerbitkan paparan skrin, memberi amaran kepada komuniti tentang peratus hashrate BCH yang dikawal ‘Satoshi Nakamoto.’

Dalam bebenang komen, Redditor lain menganggap pelombong itu bukan orang lain selain daripada individu yang memanggil dirinya Satoshi Nakamoto – Dr. Craig Wright. Menurut teori yang diberikan oleh redditor, matlamatnya adalah untuk menjejaskan Bitcoin Cash dan menjatuhkan harganya. Tambahan lagi, dia hanya ingin membuat wang.

Berkenaan amaran tentang serangan 51% berlawanan Bitcoin Cash pula, rantaian itu dilindungi oleh re-org protection. Ini dibuat untuk menghalang apa sahaja percubaan oleh kumpulan Bitcoin SV untuk menyerang BCH.

Sumber:

https://ethereumworldnews.com/satoshi-nakamoto-miner-controls-40-of-bch-hashrate-many-expect-51-attack-soon/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads