Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pelombong Yang Tidak Diketahui Kawal 50% Hash BCH Selama 24 Jam

Pelombong Bitcoin Cash (BCH) yang tidak diketahui nampaknya menguasai lebih daripada 50% daripada hash BCH selama 24 jam. Pelombong itu kelihatan melombong 73 blok dari 10 pagi 24 Oktober hingga 10 pagi 25 Okt, yang mana seorang pengguna Twitter, Notgrubles menjawab bahawa ini adalah sebab mengapa “BCH adalah risiko keselamatan dan liabiliti,” sambil meminta untuk mengeluarkan dari senarai perdagangan matawang kripto.

Dengan mengawal 50% kadar hash BCH, pelombong yang tidak diketahui itu, tidak jauh dari mengawal keseluruhan rangkaian dan keupayaan untuk melakukan “perkara jahat”. Seorang pengguna Reddit, Bitmeister menyatakan pandangan yang paling menarik mengenai peristiwa baru-baru ini, dengan mengatakan bahawa kemungkinan pelombong Bitcoin (BTC) bereksperimen dengan kuasa hash BTC mereka yang tidak digunakan dan menayangkannya dengan melombong BCH.

Pada akhir September, kadar hash rangkaian Bitcoin mencatat penurunan sebanyak 40%. Penurunan mengejut ini kekal tidak dapat dijelaskan memandangkan rentetan pemecahan rekod kuasa hash rangkaian Bitcoin sepanjang musim panas. Hanya beberapa hari sebelum itu, kadar hash Bitcoin telah melepasi rekod sebanyak 102 quintillion hash dalam sejarah hash tertingginya.

Rujukan:

https://twitter.com/notgrubles/status/1187751659977482240?s=09

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads