Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pemain NBA Spencer Dinwiddie akan Tokenisasi Kontrak $34 Juta

Spencer Dinwiddie, pemain bola keranjang profesional Brooklyn Nets dilaporkan merancang untuk tokenisasi kontrak sambungan NBA bernilai $34 juta.

Berikutan sambungan kontrak NBA tiga tahun itu, Dinwiddie dilaporkan akan menjual token digital yang berkaitan dengan kontrak tersebut, di mana pelabur dalam penawaran itu akan menerima wang principal dan faedah, menurut laporan Fox Business pada 14 September.

Dinwiddie menyertai pemain NBA lain yang terlibat dalam matawang digital. Pada bulan Ogos, Dallas Mavericks menjadi kumpulan NBA kedua untuk menerima Bitcoin sebagai pembayaran untuk tiket perlawanan dan barangan. Pada tahun 2014, pesaing Mav, Sacramento Kings, telah menjadi kumpulan NBA pertama untuk menerima Bitcoin untuk produk promosi dan juga tiket.

Juga pada bulan yang sama, NBA dan kesatuan yang berkaitan – National Basketball Players Association – bekerjasama dengan Dapper Labs yang mencipta CryptoKitties untuk melancarkan permainan koleksi kripto baru. Peminat akan boleh mengumpul rakaman live perlawanan NBA yang boleh digunakan untuk membina jadual bersaing untuk perlawanan itu.

Dengan penggunaan matawang digital yang semakin meluas, beberapa atlet telah mula terlibat dalam skim berkaitan matawang kripto. Pada pertengahan bulan Ogos, berita tentang petinju profesional Amerika Syarikat Mike Tyson yang menjadi muka platform hiburan berdasarkan blockchain untuk petinju yang dipanggil Fight to Fame telah dilaporkan.

Namun begitu, Tyson telah menafikan berita itu, menyatakan Fight to Fame adalah skim penipu.

Awal tahun ini, SEC telah menyaman petinju Amerika Floyd Mayweather dan pengeluar muzik DJ Khaled kerana mempromosi ICO Centra Tech di media sosial. Jumlah saman yang perlu dibayar DJ Khaled adalah $152,735 sementara Mayweather pula disaman sebanyak $614,775

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/report-nba-player-spencer-dinwiddie-to-tokenize-34m-contract

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads