Default – Above Header Ads

Pemaju Burj Khalifa Emaar Akan Lancarkan Token Ganjaran EMR Yang Boleh Dibeli

Gergasi harta tanah yang berpangkalan di Dubai, Emaar Properties telah melancarkan platform kesetiaan berasaskan token blockchain baru. Emaar, yang membangunkan bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, serta Dubai Mall, merancang untuk melancarkan token EMR untuk memberi ganjaran kepada pelanggannya.

Dibina berasaskan kepada platform Quorum yang dibina JPMorgan, token EMR akan boleh ditebus bukan sahaja dalam rangkaian hartanah Emaar, termasuk hotel, operasi e-dagang dan pusat membeli-belah, tetapi juga boleh diniagakan dengan pengguna lain, menurut laporan itu. Kedua-dua platform blockchain dan token EMR dijangka akan dikeluarkan pada lewat 2019.

Emaar menegaskan bahawa platform EMR adalah projek pertama seperti ini yang dilancarkan secara global, dengan menyatakan bahawa tokennya memberikan nilai kewangan sebenar melalui platform perdagangan luar. Platform untuk mendapatkan dan menebus token ini boleh didapati melalui aplikasi mudah alih EMR yang dibina di Android dan iOS.

Pengerusi Emaar, Mohamed Alabbar dilaporkan mengesahkan bahawa EMR akan dianggap sebagai token utiliti oleh syarikat itu. Dia mendakwa: “Kami tidak menjadi Emaar dengan berdiri diam, atau dengan berfikir kecil. Dengan melancarkan ekosistem token utiliti EMR, Emaar memperluaskan konsep perhubungan. Kami bukan hanya meninjau masa depan – kami membinanya.”

Rujukan:

https://www.arabianbusiness.com/news/430766-emaar-says-to-launch-loyalty-tokens-system-by-end-2019

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!