Default – Above Header Ads

Pemantau Insurans Persekutuan Nigeria Memberi Amaran tentang Pergantungan kepada Kripto

Nigeria Deposit Insurance Corporation (NDIC), pemantau insurans persekutuan dan penyedia safety net, telah mengeluarkan amaran awam tentang pergantungan kepada transaksi matawang kripto dalam satu sidang media pada 25 Julai.

Menurut sidang media itu, pengarah urusan dan CEO NDIC Umaru Ibrahim berkata bahawa bergantung kepada matawang kripto adalah sangat berisiko, kerana mereka tidak dikawal selia dan tidak disandarkan pada bank pusat dalam kebanyakkan bidang kuasa.

Seperti United States Federal Deposit Insurance Corporation, NDIC membekalkan jaring keselamatan atau safety net kepada pendeposit dan bertujuan untuk melindungi sistem perbankan dari ketidakstabilan yang disebabkan oleh lari dari bank atau kehilangan kepercayaan.

Ibrahim pada awalnya menyatakan kebimbangannya semasa mesyuarat bersama lembaga NDIC dan wakil parlimen, menurut satu laporan oleh laman berita Ripple Nigeria pada 25 Julai.

Speaker Femi Gbajabiamilla menyuarakan keinginan untuk mengawal selia matawang kripto dan menyertai pasaran kripto global, dan berkata:

“NDIC dan peserta jaringan keselamatan lain dalam negara tidak boleh ketinggalan dalam penggunaan rangka kerja untuk berurusan dengan perkembangan matawang kripto dalam ruangan kewangan global.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, Gbajabiamila juga berbincang tentang perbezaan antara NDIC dan Bank Negara Nigeria. Speaker itu berkata Wakil Parlimen akan membantu NDIC dalam mengembangkan fungsi berkanun, tanpa melanggar peranan utama bank pusat itu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nigerian-deposit-insurance-corporation-warns-against-crypto-dependency

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads