Default – Above Header Ads

Pembangkang Korea Utara Menjual Visa “Post Liberation” Berdasarkan Ethereum

 

Parti pembangkang Korea Utara, Cheollima Civil Defence (CCD) akan menjual visa berdasarkan Ethereum untuk masuk ke dalam negara itu selepas ia kononnya mencapai kemerdekaan.

Laman web CCD mengiklankan “Pengeluaran terhad 200,000 visa blockchain anonymous untuk melawat Free Joseon (sebelum ini Korea Utara) selepas kemerdekaannya”. Free Joseon merujuk kepada Kerajaan Joseon, dinasti yang memerintah selama lima abad Sebelum diambil alih oleh Empayar Korea. Visa itu dikeluarkan dalam bentuk token ERC721 yang dipanggil G-VISA di blockchain Ethereum. Harganya, untuk 1,000 visa pertama, adalah 1 ETH.

Menurut pengumuman itu, pengeluaran itu akan bermula pada 24 Mac dan semua visa akan tamat tempoh pada 1 Mac 2029, dan hanya boleh digunakan sekali sahaja untuk jangka masa 45 hari. Satu individu boleh membeli jumlah visa yang tidak terhad dan boleh masuk ke dalam negara itu beberapa kali, di bawah peraturan masuk dan kastam negara itu.

Laman web itu juga menerangkan bahawa “setiap G-VISA mempunyai nombor ID dalam turutan yang dibeli,” jadi tiada nombor khusus boleh diminta atau ditukar. CCD berkata walaupun secara ideal visa itu boleh digunakan untuk melawat Korea Utara yang merdeka:

“Hakmilik satu atau lebih G-VISA patut dianggap sebagai sumbangan kepada pergerakan ini dan tidak patut digunakan untuk tujuan spekulatif atau kewangan.”

Walaupun tidak menggalakkan spekulasi, CCD berkata bahawa G-VISA akan boleh diperolehi di pasaran ERC721 seperti OpenSea, dan merekomen untuk mencarinya di situ. Meskipun pengeluaran visa dijadualkan bermula pada 24 Mac, sudah terdapat 5 G-VISA yang disenaraikan di OpenSea dan halaman yang didedikasi untuk token itu di Ethereum block explorer, Etherscan, menunjukkan terdapat 7 visa yang Sudah wujud.

EXMO affiliate program

Alamat Bitcoin untuk sumbangan telah menerima lebih 14 BTC setakat ini ($56,000 sewaktu penulisan) sementara alamat Ethereum hanya menerima satu perseratus ETH.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/north-korean-dissidents-sell-ethereum-based-post-liberation-visas

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.