Default – Above Header Ads
Traders Fair Malaysia 2019

Pembangun BCH Amaury Sechet Dakwa Dia Adalah Satoshi Nakamoto?

 

Pembangun Bitcoin Cash Amaury Sechet, yang kononnya “diktator yang baik hati” kepada Bitcoin ABC (implementasi utama BCH), telah mendakwa dirinya adalah Satoshi Nakamoto.

Jika tweet itu dipadam, ini adalah tangkapan skrin:

Sechet dan Bitcoin ABC telah dikritik sebagai masalah utama dalam ekosistem BCH menurut bekas pembangun Bitcoin Cash _unwriter. Dia percaya apa sahaja yang diinginkan Bitcoin ABC, akan diperoleh, dan ianya adalah toksik untuk desentralisasi. Kuasa yang ada pada Bitcoin ABC adalah faktor utama pertubuhan fork BSV. _unwriter baru-baru ini melancarkan beberapa projek di Bitcoin SV.

Default – Inside Post Ads

Dalam tweet berikutnya, Sechet telah menambah beberapa klu:

Terbitan di Stack Exchange oleh pembangun Bitcoin Core Gregory Maxwell menerangkan bahawa memalsukan identiti Satoshi adalah lebih mudah dari yang dijangka:

“Jadi sebagai contoh, beberapa tahun yang lalu Craig Wright mendakwa untuk ‘buktikan di Satoshi’ dengan hanya menyalin beberapa tandatangan yang sudah wujud dari blockchain dan menerbitkan cara-cara yang tidak jelas untuk mengesahkannya. Ia dijumpai dengan cepat, tetapi masih sempat menipu ramai orang – mereka terlalu taksub dengan drama itu untuk memikirkannya.”

Ramai yang memberi respon yang kelakar kepada tweet Sechet itu:

Orang yang pernah mengaku dirinya Satoshi pula telah mengeluarkan tweet untuk mengkritik Sechet:

Terdapat kemungkinan besar bahawa Sechet tidak serius – mungkin juga menyindir Craig Wright. Harapnya begitulah, kerana satu Faketoshi sudah cukup di dunia ini.

Sumber:

https://www.ccn.com/amaury-sechet-bitcoin-satoshi-nakamoto-faketoshi

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

EXMO affiliate program