Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pembangun Ethereum Sekali Lagi Setuju Dengan Algoritma ProgPoW yang anti-ASIC

 

Pembangun teras Ethereum sekali lagi membincangkan cadangan Application Specific Integrated Circuit (ASIC)-resistant Proof of Work (PoW), algoritma ProgPoW semasa mesyuarat mingguan pada 15 Mac. Minggu ini, pembangun sekali lagi mencapai konsensus bahawa algoritma itu sepatutnya diimplementasi, namun garisan masa untuk implementasinya masih belum jelas.

Apabila membincangkan tentang algoritma itu, isu yang dibincangkan adalah sejauh mana ProgPoW efektif dalam mengurangkan kelebihan ASIC. Pembangun teras Ethereum, Greg Colvin menyatakan bahawa kumpulannya telah membincangkan isu ini beberapa kali di masa lalu. 

Dia berkata:

“Kami kembali kepada perkara yang kami sudah lali berbincang beberapa bulan yang lalu! Kami telah memutuskan bahawa satu-satunya isu adalah sama ada terdapat kesalahan dalam algoritma, backdoors dalam algoritma, dan sebagainya. […] Bukannya hujah antara orang GPU dan orang ASIC. Itu akan diselesaikan dengan masa.”

Selepas mencapai konsensus untuk implementasi algoritma itu pada awal Januari, pembangun Ethereum mengubah fikiran mereka dan menangguhkan keputusan sehingga algoritma diaudit oleh pihak ketiga pada awal Februari.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Januari, salah seorang penyumbang kod Ethereum telah memberi cadangan bahawa pembangun Ethereum patut “menerima” ASIC dalam forum pembangun Ethereum, Ethereum Magicians.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ethereum-devs-once-again-approve-asic-resistant-algorithm-progpow

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads