Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pembangun Ledger Memberi Amaran Tentang Klien Monero

 

Kumpulan pembangun Ledger menerbitkan amaran di subreddit Monero pada 4 Mac, menasihati pengguna supaya tidak menggunakan aplikasi Nano S Monero.

Satu bug yang berkaitan dengan aplikasi telah dijumpa, apabila, pada awal hari ini, pengguna MoneroDontCheeseMe menerbitkan di Reddit mendakwa bahawa dia percaya bahawa dia telah “kehilangan ~1680 Monero [dalam $80,000] kerana bug.” Dalam akaun itu, pengguna itu menyatakan bahawa selepas memindahkan dalam 0.000001 XMR dari Ledger ke view-only wallet, pengguna menghantar 10, 200 dan kemudian 141.9 XMR.

Menurut laporan itu, sebelum menghantar transaksi terakhir, MoneroDontCheeseMe mempunyai dalam 1,690 XMR dalam wallet dan 141.95 XMR dalam baki yang tidak berkunci, disebabkan itu dia membuar keputusan untuk menghantar 141.9 XMR. Namun begitu, selepas transaksi itu, wallet pengguna itu menunjukkan baki sebanyak 0 XMR.

Tambahan lagi, menurut pengguna Reddit itu, jumlah yang dihantar dan transaksi yang direkod dalam blockchain “tidak masuk akal”. MoneroDontChesseMe menulis bahawa transaksi 200 XMR itu rupa-rupanya telah menolak 1691.001 XMR daripada Ledger Wallet, dan jumlah yang dilaporkan untuk transaksi 10 XMR itu tidak sepadan.

Dalam komen terbitan itu, Nicolas Bacca, ketua pegawai teknikal di Ledger, berkata senario yang berkemungkinan adalah – melihat kepada sejauh mana aplikasi itu telah diuji – adalah isu penyegerakan. Namun begitu, amaran yang dikeluarkan menunjukkan masalah pertukaran alamat mengesahkan ini bukan kes itu.

Dua jam kemuan pembangun Ledger menerbitkan amaran itu dalam subreddit Monero, dan akaun Twitter Monero rasmi telah retweet tweet yang mengandungi link kepada amaran itu yang dikeluarkan oleh akaun Twitter Ledger rasmi. Amaran itu menyatakan bahawa masalah itu muncul apabila menggunakan versi terbaru klien Monero dengan aplikasi 1.1.3.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/ledger-devs-post-warning-about-monero-client-after-user-reportedly-loses-1-680-xmr-to-bug

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.