Default – Above Header Ads

Pembangun Monero Mengeluarkan Jadual Tentatif untuk Naik Taraf yang Dirancang pada 30 November

Monero kekal dalam berita utama selepas banyak bursa pertukaran mula mengeluarkan coin privasi itu dari senarai, dengan banyak di Korea Selatan mengatakan mereka berbuat begitu kerana “travel rule” baru FATF. Kali ini, Monero menarik perhatian komuniti kripto kerana naik taraf yang dirancang sebelum penghujung tahun ini. Naik taraf protokol itu akan dijalankan untuk menambah baik penawaran Monero yang sedia ada.

Naik taraf ini akan termasuk membekukan kod, bermakna tiada perubahan lain yang boleh dibuat oleh pembangun. Akan terdapat juga naik taraf rangkaian. Untuk menikmati ciri terbaru selepas naik taraf, pengguna perlu menaik taraf sistem mereka kepada CLI v0.15 atau GUI v0.15. Bersama-sama dengan naik taraf kecil ini akan terdapat beberapa perubahan besar.

Satu jadual tentatif tentang naik taraf itu telah diputuskan dalam mesyuarat pembangun pada 24 September. Naik taraf itu, buat masa ini, akan dilaksanakan pada 30 November.

Pertama sekali, satu algoritma PoW jangka masa panjang yang baru dibangunakan dikenali sebagai RandomX akan diintegrasi. Oleh itu, pelombong perlu menaik taraf software sedia ada. Selain daripada itu, ID pembayaran panjang akan dibuang supaya pengalaman pengguna boleh ditambah baik. Langkah ini juga memastikan ciri privasi untuk pengguna akan ditambah baik di masa akan datang, selepas naik taraf itu.

Dengan kemaskini transaksi itu, keperluan minima untuk transaksi akan menjadi sekurang-kurangnya dua transaksi.

Kemas kini terakhir akan memasukkan masa penguncian untuk transaksi yang masuk. Selepas naik taraf, ia akan ditetapkan kepada sepuluh blok; iaitu penguncian masa selama 20 minit untuk semua transaksi yang masuk akan diimplementasi di tahap protokol. Semua langkah ini dianggap penting untuk menambah baik ciri privasi sedia ada dalam rangkaian Monero.

Sumber:

https://eng.ambcrypto.com/monero-developers-release-tentative-schedule-for-planned-upgrade-on-30-november/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.