Default – Above Header Ads

Pembangun Zcash Electric Coin Co. Mendedahkan Kerugian Kewangan Q1

Electric Coin Company (ECC), syarikat for-profit yang menyokong pembangunan matawang kripto zcash telah mengeluarkan laporan kewangan Q3, mendedahkan setakat ini ia telah mengelak dari pembuangan kerja semasa pasaran bear walaupun dengan kerugian.

Menurut laporan itu, syarikat itu berjalan dengan purata defisit bulanan sebanyak 30 peratus dalam Q1. ECC menerima $449,000 setiap bulan tetapi perbelanjaan mencecah $635,000.

Dalam surat bulan Julai, CEO EEC dan pengasas Zcash Zooko Wilcox berkata bahawa syarikat itu telah berjaya menempuhi pasaran bear, yang melihat beberapa syarikat membuang pekerja atau menutup operasi mereka. Menurut profil syarikat itu di Linkedin, EEC kini mempunyai 19 pekerja.

Dilancarkan pada tahun 2016 tanpa ICO, matawang kripto baru yang dicipta oleh protokol itu telah dibahagikan antara pelombong, Zcash Foundation, ECC dan beberapa pengasas dan juga pekerja.

Mengikut jadual perlombongan pada masa kini, 80 peratus daripada ganjaran blok pergi kepada pelombong dan selebihnya diedar sebagai “Ganjaran Pengasas”.

Dengan purata sebanyak $55 setiap coin, ECC mendapat $336,900 setiap bulan untuk ganjaran blok sahaja pada Q1. Perbelanjaan mencecah $525,000 untuk syarikat itu ditambah lagi dengan $110,000 setiap bulan untuk pekerja dalam tempoh yang sama.

Kerana defisit itu, laporan itu berkata ECC telah memotong kos dalam beberapa bahagian tidak kritikal seperti PR, perlindungan trademark dan kejuruteraan. ECC juga telah berjumpa dengan penerima Ganjaran Pengasas untuk mengagihkan semula dana untuk ECC pada bulan Jun.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Seperti yang disebut, laporan itu datang sebulan selepas surat terbuka Wilcox kepada komuniti Zcash. Dana pembangunan akan dihabiskan pada bulan Oktober 2020, yang akan memotong pembiayaan untuk ECC. Dalam surat itu, Wilcox memanggil untuk menubuhkan dana pembangunan baru untuk syarikat itu.

Sumber:

https://www.coindesk.com/electric-coin-company-lost-money-in-q1-but-avoided-layoffs

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.