Default – Above Header Ads

Pembayar Cukai Chile Mesti Lapor Keuntungan Kripto kepada IRS

 

Pembayar cukai Chile mesti lapor keuntungan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Chile (SII), lapor akhbar tempatan Diario Bitcoin pada 17 Januari.

SII telah dilaporkan mengatakan di 2018 bahawa matawang digital tidak tertakluk kepada Value Added Tax, tetapi perlu dipertimbangkan dalam mengira cukai pendapatan tahunan, kerana ia jatuh di bawah definisi intangible assets.

Disebabkan pertimbangan ini, borang cukai pendapatan 22 dilaporkan mengandungi – buat pertama kali, bahagian khas untuk “pendapatan sendiri dan/atau orang lain dari syarikat yang mengisytiharkan keuntungan efektif, dan tidak mengisytiharkan kepada perakaunan penuh, yang dikaitkan dengan…”

DiarioBitcoin melaporkan bahawa, walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas dalam borang itu, kenyataan SII yang dikeluarkan pada penghujung tahun 2018 menyatakan pembayar cukai perlu lapor pendapatan mereka dari penjualan matawang fiat asing dan kripto dalam Bahagian itu.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada awal bulan ini, mahkamah anti-monopoli Chile telah memberi perlindungan kepada bursa pertukaran kripto tempatan dengan memaksa bank membiarkan akaun mereka terbuka.

Pada bulan April 2018, berita tentang bursa pertukaran kripto BUDA< Orionx dan CryptoMarket (CryptoMKT) memohon kepada mahkamah rayuan untuk berdepan dengan bank yang menutup akaun platform mereka dilaporkan.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/chilean-taxpayers-must-report-cryptocurrency-profits-to-chilean-irs-local-media

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads