Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pembayaran Mikro Bitcoin Otomatik akan Tiba ke Rangkaian Lightning

Sejak kewujudannya, Bitcoin telah cuba untuk menunaikan janjinya untuk menjadi pemboleh pembayaran serta-merta dan murah. Namun begitu, ia agak sukar untuk dicapai on-chain, lebih-lebih lagi apabila satu blok dilombong hanya setiap 10 minit.

Kini, satu alat berdasarkan web menjanjikan untuk menjadikan Bitcoin sebagai alternatif pembayaran yang murah dan lancar. Pada 13 Jun, pembangun software dan pengasas bersama grant.io, Willie O’Beirne memberi pengenalan kepada Joule Allowances.

Joule adalah browser extension yang dibolehkan oleh WebLN yang menggunakan lightning nod pengguna sendiri untuk membolehkan pembayaran mikro yang lancar di sebalik blockchain.

Untuk mengelak daripada mengelirukan pengguna Joule dan menjadikan operasinya lebih praktikal, O’Beirne menyatakan bahawa buat masa ini pembayaran Joule Allowance akan dihadkan kepada pembayaran yang dibuat melalui WebLN sahaja.

WebLN adalah library yang mengandungi spesifikasi untuk aplikasi lightning dan pembekal klien untuk memudahkan komunikasi yang selamat antara aplikasi dan lightning nod pengguna.

Untuk membuat transaksi dengan Joule, pengguna perlukan satu aplikasi yang menerima atau membuat pembayaran Lightning, dan juga web browser yang sesuai, seperti Chrome, Firefox dan Opera. Tidak lama lagi, Brave juga akan boleh digunakan.

Semasa menyelaraskan aplikasi itu, pengguna akan mempunyai pilihan untuk menetapkan jumlah maksima satoshi yang boleh digunakan oleh aplikasi itu, jumlah maksima setiap pembayaran, dan kekerapan pembayaran itu.

Menurut O’Beirne, Joule Allowances masih lagi di bawah pembangunan.

Interface Joule hanyalah permulaan pembayaran otomatik sambil melayari web dengan Lightning. Buat masa ini terdapat perbincangan yang berterusan tentang bagaimana untuk meminta, menyelaraskan dan memeriksa aplikasi itu melalui WebLN, perbincangan penggunaan kod respon HTTP 402 untuk pembayaran (yang boleh dibuat secara otomatik), dan ciri-ciri baru yang boleh membuat pembayaran otomatik yang diprogram boleh dilaksanakan (e.g customizable LND macaroons.)

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-streaming-money-joule-automated-payments/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.