Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pemenang Nobel Ekonomi, Robert Shiller Berkata ‘Gelembung’ Bitcoin Mungkin Akan Wujud Buat Sementara

Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, Robert Shiller percaya bahawa Bitcoin (BTC) mungkin mengalami gelembung sementara, itu tidak bermakna ia akan pecah dan hilang selama-lamanya, demikian menurut wawancara pada 13 April dengan CNBC’s Trading Nation. Shiller, yang kini profesor ekonomi di Yale University, merujuk kepada BTC sebagai “satu lagi contoh tingkah laku manusia yang mengikut arus kepopularan. Ia glamor.”

“Saya berminat dengan [B]itcoin sebagai sejenis gelembung, tidak bermakna ia akan hilang atau ia akan pecah selama-lamanya. Ia mungkin bersama kita selama seketika.” Shiller menonjolkan bahawa dia tahu bahawa “orang pintar” telah melabur dalam mata wang kripto, termasuk banyak pelajarnya, tetapi menambah bahawa daya tarik untuk kripto adalah “cerita yang saya fikir tidak jauh dari merit idea itu. Ia lebih psikologi daripada sesuatu yang boleh dijelaskan oleh jabatan sains komputer. ”

Menurut Shiller, terdapat “sebahagian” dari  “kepopularan” mata wang kripto atau “gelembungnya” adalah disebabkan politik, kerana orang yang tidak mempercayai pemerintah mereka mungkin tergoda untuk melabur. Pada bulan September tahun lepas, Shiller menyatakan di Fast Money CNBC bersama Brian Kelly untuk bercakap berkenaan yang topik yang sama tentang kripto, mengatakan bahawa “ia adalah kualiti cerita yang menarik semua minat ini terhadap Bitcoin.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nobel-winning-economist-shiller-says-bitcoin-bubble-may-be-around-for-a-while

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.