Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pemerolehan Startup Blockchain Chainspace oleh Facebook

 

Pada 4 Februari, Cheddar, rangkaian berita kewangan yang diasaskan oleh Jon Steinberg pada 2016, melaporkan bahawa Facebook telah membuat “pemerolehan pertamanya dalam ruangan blockchain.” Artikel ini meringkaskan semua maklumat yang kami telah perolehi dari Cheddar dan sumber lain tentang Chainspace, startup blockchain yang dilaporkan diperoleh Facebook.

Terbitan blog pembangun Chainspace pada 18 Ogos 2017 menggambarkan Chainspace sebagai “platform sharded smart contract”. Anda juga boleh menggambarkan ia sebagai “platform lejar teragih untuk pemproses transaksi yang telus dan berintegriti tinggi dalam sistem desentralisasi yang menggunakan smart contract yang menawarkan extensibility.” Seni bina yang sharded “membolehkan lejar itu diskala secara linear memandangkan hanya nod yang berkaitan dengan transaksi itu perlu memprosesnya.”

Chainspace adalah berdasarkan penyelidikan di University College London (UCL). Pada 6 Septermber 2018, salah satu ahli kumpulan Chainspace menjumpai cara bukan teknikal yang kelakar untuk menerangkan mengapa Chainspace istimewa:

“Ia bukan hanya Blockchain, ia adalah satu blockchain yang bersandarkan pemikiran hebat tentang bagaimana untuk menyelesaikan isu seperti skalabiliti, kapasiti dan kelajuan.”

Chainspace ditubuhkan oleh Dave Hrycyszyn, George Danezis (bekas ketua Information Security Research Group di UCL), Ramsey Khoury, Alberto Sonnino, Mustafa Al-Bassam, dan Shehar Bano. Secara keseluruhannya, Chainspace mempunyai 15 pekerja.

Ini adalah keadaan semasa software Chainspace:

“Kami mempunyai sistem alfa yang berjalan di Golang. Ia menjalankan sharding, konsensus dan melaksanakan smart contract. Konsultan software global sedang menggunakan Chainspace untuk projek EU Decode, mencipta perkhidmatan sivik untuk bandar Barcelona dan Amsterdam.”

Laporan Cheddar mengatakan bahawa “empat daripada lima penyelidik di sebalik whitepaper akademik Chainspace akan menyertai kumpulan blockchain Facebook, menurut sumber dalaman,” dan “dua daripada penulis whitepaper itu, Alberto Sonnino dan George Danezis sudahpun menyenaraikan pekerjaan mereka sebagai penyelidik blockchain di Pejabat Facebook di London di LinkedIn mereka.”

Sewaktu penulisan, notis ini terdapat di laman web Chainspace:

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa kumpulan kami akan maju ke hadapan dalam sesuatu yang baru.

Kod dan dokumentasi Chainspace masih lagi sumber terbuka, dan semua kertas kerja akademik yang diterbitkan masih boleh didadapati.

Pada 21 Disember 2018, Bloomberg melaporkan bahawa Facebook ingin mencipta matawang kriptonya sendiri untuk pemindahan wang dalam aplikasi mesej popularnya WhatsApp.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/everything-we-know-about-facebooks-acquisition-of-blockchain-startup-chainspace/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.