Default – Above Header Ads

Pemilik Bitcoin Menyumbang Altcoin untuk Menyokong Projek TOR

Beberapa pemilik Bitcoin telah menyumbang altcoin kepada projek TOR – organisasi non-profit yang bertanggungjawab menjalankan “The Onion Router”

Untuk mereka, trend itu seperti sambil menyelam sambil minum air – menyokong Projek TOR dan membuang simpanan “shitcoins”. Ini adalah kerana, sesetengan penyokong Bitcoin nampaknya ingin memanjangkan gag yang sedang berlangsung bahawa altcoin tiada nilai.

Pada awal bulan September, maximalist Bitcoin dan penyampai podcast “Tales from the Crypt” Matt Odell telah mengeluarkan tweet menggalakkan orang ramai menyokong projek TOR dengan cara menyumbang. Dalam satu kenyataan berbaur jenaka, Odell telah menambah, “donate shitcoins. Stack sats.

Sarah Stevenson, pengarah sumbangan di Projek TOR, pada awalnya menganggap sumbangan itu datang dari komuniti Stellar, kemungkinan besar kerana penambahan token XLM.

Penyokong Bitcoin dengan cepat membetulkan tanggapannya, kerana tidak mahu cubaan kritikan mereka tidak disedari. Mereka kemudiannya masuk beramai-ramai ke dalam bebenang Twitter itu, menambah ayat seperti “destinasi terbaik untuk shitcoin saya” dan “nampak seperti tempat terbaik untuk membuang shitcoins”.

Sebahagian daripada sumbangan itu dilaporkan datang daripada penerima airdrop Keybase XLM. Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, platform permesejan enkripsi Keybase telah bekerjasama dengan Stellar Development Foundation untuk melancarkan airdrop bernilai $120 juta.

Walaupun begitu, peminat Bitcoin menasihati Stevenson dan kumpulannya untuk cepat-cepat menukarkan sumbangan itu kepada fiat. Data dari CoinMarketCap menunjukkan kejatuhan sebanyak 45% dalam harga XLM sejak awal tahun ini. Token Stellar juga jatuh lebih 93% daripada harga ATH pada tahun 2018.

Pada 18 September, harga XLM melihat kenaikan 52% dalam masa dua jam, membawa kepada spekulasi tentang musim altcoin yang baru. Kenaikan itu diikuti dengan penurunan mendadak, menghilangkan penambahah itu lebih daripada separuh.

Bagi Stevenson, Projek TOR berterima kasih dengan sumbangan tidak kira apa tujuannya. Dalam satu temubual peribadi dengan Cointelegraph, pengarah sumbangan Projek TOR itu memberi pendapatnya tentang perkara itu, menyatakan:

“Secara amnya saya seorang yang tidak suka pergaduhan berlaku tetapi saya menerima apa sahaja aktiviti yang boleh membawa perhatian kepada kepentingan sokongan kewangan terhadap projek Tor. Semua orang akan mendapat kebaikan daripada teknologi privasi dan anonymity yang kami bangunkan. Untuk perbincangan nilai ketara untuk altcoin, saya menarik diri daripadanya kerana saya ingin berkawan dengan semua orang.”

Sewaktu penerbitan, Projek Tor telah menerima lebih daripada 21,300 token XLM bernilai lebih $1,200.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/bitcoin-owners-are-giving-away-altcoins-to-support-tor-project

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads