Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pemimpin Bank of England: Bank Perlu Menyesuaikan Diri Dengan Kripto

 

Jon Cunliffe, salah seorang pemimpin bank pusat England, mengatakan bank mesti menyesuaikan diri dengan perubahan yang dibawa oleh aset digital. Blockchain dan aset digital memberi  keupayaan kepada rakyat untuk menyimpan aset mereka sendiri, yang mungkin mengancam institusi bank. Namun, memastikan bank terus kekal relevan tidak ada dalam senarai kerja yang harus dilakukan bank pusat England, menurut timbalan gabenor Bank of England, Jon Cunliffe.

“Tugas kami bukan untuk melindungi model perniagaan bank,” kata Cunliffe. “Bank harus menyesuaikan diri,” tambahnya. “Tugas kita adalah memastikan bahawa jika model perniagaan bank berubah, kita menguruskan kesan kewangan dan makro-ekonomi dari perubahan tersebut.”

Cunliffe berpendapat bahawa bukan tanggungjawab Bank of England untuk memastikan perniagaan perbankan arus perdana tetap relevan. Matawang digital bank pusat, atau CBDC, menimbulkan ancaman terhadap penyelesaian yang diberikan oleh bank perdagangan, sehingga mereka tidak lagi menjadi orang tengah. Kripto, secara lebih luas, memberikan pilihan kepada pengguna untuk melindungi asset mereka, yang mencabar bank, walaupun bank masih berfungsi sebagai pengeluar mata wang fiat.

China nampaknya memimpin perlumbaan CBDC pada masa ini, dan sudah menguji yuan digitalnya. CBDC mempunyai implikasi yang luas. “Mereka perlu mengikuti agenda politik dengan rapat sebelum pihak politik mengetahui ada perkembangan di sektor swasta yang sebenarnya tidak sesuai dengan polisi mereka,” kata Cunliffe, yang menyiratkan bahawa pemerintah di seluruh dunia harus mengutamakan perbincangan mengenai aset ini kerana perubahan yang akan mereka bawa.

Rujukan: https://www.reuters.com/article/britain-boe-cunliffe/update-1-boes-cunliffe-not-our-job-to-protect-banks-against-digital-currencies-idUSL8N2HZ4UL 

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads