Default – Above Header Ads

Pemimpin Industri Kripto Wujudkan Kumpulan Lobi Di Washington

 

Sekumpulan syarikat blockchain dan kripto yang berpangkalan di A.S. telah mengumumkan bahawa mereka akan membentuk Persatuan Blockchain, kumpulan “lobi pertama” mewakili industri blockchain di Washington DC.

Persatuan Blockchain terdiri daripada pemimpin industri seperti bursa pertukaran kripto Coinbase, syarikat permulaan teknologi blockchain, Protocol Labs, serta Digital Currency Group dan Polychain Capital. Organisasi lobi tersebut akan bertapak di Washington, mewakili usahawan dan pelabur yang terlibat dalam projek-projek berasaskan teknologi blockchain.

Persatuan Blockchain akan mewakili syarikat-syarikat utama yang ingin beroperasi dalam sistem politik, terutama menangani isu-isu dasar dan undang-undang cukai A.S. terhadap mata wang kripto. Pada masa yang sama, kumpulan itu akan bekerjasama rapat dengan penggubal undang-undang mengenai pembangunan dasar anti-pengubahan wang haram (AML) dan Know Your Customer (KYC) dalam industri. Jerry Brito, pengarah eksekutif penyelidikan bukan keuntungan dan kumpulan advokasi Coin Center, dilaporkan berkata bahawa peningkatan kumpulan perdagangan khusus menunjukkan industri semakin matang dan berkembang.

Sumber:

https://www.washingtonpost.com/technology/2018/09/11/get-ready-big-bitcoin-cryptocurrency-industry-opens-dc-lobbying-arm/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.