Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Peminat Bitcoin dan Penganjur ‘Anarchapulco Fork’ Ditembak Mati, Suspek adalah Ahli Kartel

 

John Galton, anarki warganegara Amerika Syarikat, peminat Bitcoin, dan aktivis marijuana baru-baru ini ditembak mati di rumahnya di tempat peranginan Acapulco di Mexico, dalam satu kejadian pecah masuk. Galton adalah penganjur ‘Anarchapulco Fork’ Anarchoforko.

Menurut Daily Mail, peristiwa itu memberi kesan kepada komuniti rapat anti-kerajaan yang menganjurkan acara di Acapulco. Acara itu termasuk seminar tentang topik berkaitan kebebasan dan bagaimana untuk membuat duit dengan matawang kripto. 

Di media sosial, teman wanita John, Lily Forester menerbitkan kemas kini tentang situasi itu, mendedahkan bahawa dia melihat penembak pergi terus ke John dan rakannya Jason Henza, yang juga ditembak. Walaupun begitu, Henza, dilaporkan sempat sampai ke hospital persendirian dengan kecederaan di ketiak dan kakinya, dan telah dirawat dan dilepaskan keluar dari hospital pada hari yang sama dia masuk.

Dalam video di media sosial, Lily yang dalam keadaan cemas menjerit meminta tolong dan meminta “sesiapa sahaja untuk datang” dan mendedahkan bahawa Galton sudah mati dan “Henza di dalam bilik lain cedera parah.” Henza, dalam baju-T yang dipenuhi darah, mengeluarkan video di mana dia berkata:

“Hey semua, saya mahu berkata yang saya sayang kamu. Kami diserang. Saya telah ditembak tiga kali. Saya tidak begitu baik. Saya tahu, doa dan semua itu.”

Dalam video itu, dia berkata dia merasa ianya “tindak balas” sebelum menutup kamera berkata dia akan cuba bertahan. Sebelum kejadian itu berlaku, Daily Mail melaporkan bahawa Galton dan Forester menganjurkan program “Meat Ups” setiap minggu di mana mereka hanya makan daging.

Pasangan itu juga dilaporkan sedang mencari jurucakap untuk konferens mereka, yang dijadualkan untuk berjalan di hujung bulan ini. Dalam platform media sosial Steemit, pengguna masih lagi cuba mengesahkan sama ada Lily okay atau tidak.

Dalam satu kemaskini, satu terbitan Facebook dari pengasa Anarchapulco Jeff Berwick dijumpai dan di dalamnya dia menamakan satu suspek yang telah mengancamnya dan John di masa lalu, tetapi mengatakan “intel lebih baik yang saya telah terima adalah terdapat enam penembak dari kartel itu.”

Dia menambah bahawa pasangan itu tinggal “di bahagian paling berbahaya Acapulco” dan Galton “berurusan dengan kokain dan marijuana Menurut banyak sumber.” Berwick telahpun memadamkan terbitannya untuk melindungi maklumat yang terdapat dalamnya. Jabatan Negeri di Amerika Syarikat telah melaporkan bahawa Biro Urusan Konsular tahu tentang penyiasatan ke atas rakyat Amerika Syarikat itu di rantau itu tetapi tidak memberi apa-apa maklumat tambahan atas dasar privasi.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/02/bitcoin-enthusiast-and-anarchapulco-fork-host-shot-dead-allegedly-by-cartel-members/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads