Pemindahan $1.2 Bilion dalam Masa 1.1 Saat dengan Yuran Transaksi Hanya $0.015

Menurut tweet oleh CEO Binance CZ, dia telah melihat sesuatu yang 10 tahun dahulu adalah tidak mungkin. Satu whale telah memindahkan $1.2 bilion dalam Binance Coin dalam hanya 1.1 saat. Tambahan lagi, yuran transaksi untuk pemindahan yang sangat besar itu hanyalah USD$0.015. Ringkasannya, dengan kemudahan ini untuk memindahkan jumlah wang besar merentasi sempadan, dunia semakin mengambil perhatian.

Banyak syarikat kini telah masuk ke dunia teknologi blockchain dengan harapan untuk mencapai beberapa penyelesaian untuk mendapat keuntungan dalam pasaran matawang kripto.

Kredit kepada pemindahan besar ini adalah kepada kumpulan Binance dan Binance Chain mereka. Dengan penggunaan begitu banyak projek, Binance Chain mempunyai potensi untuk bersaing dengan ketua industri, Ethereum, dalam pasaran bull itu. Setiap hari BNB nampaknya ditambah ke dalam bursa pertukaran kripto atau dibekalkan dengan kecairan mengekalkan kedudukannya di atas.

Tiada siapa sangka token bursa pertukaran kripto itu akan menjadi hebat. Walaupun begitu, use case seperti BNB kini begitu cepat mengatasi matawang kripto teratas dalam pasaran, dan ia terbukti dengan perkembangan harganya dalam beberapa bulan lalu.

Sumber:

https://sanfranciscotribe.com/Home/index.php/2019/06/27/1-2-billion-transferred-in-1-1-seconds-for-only-0-015-in-fees-welcome-to-the-future-of-blockchain/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Default – Between Post Ads