Default – Above Header Ads

Penasihat Presiden Rusia Mencadangkan Matawang Digital di Crimea

 

Seorang penasihat Presiden Rusia telah mencadangkan untuk menggunakan matawang digital di Crimea untuk menarik pelabur dan mengelak dari sekatan, menurut media tempatan TASS pada 19 April.

Sergey Glazyev, penasihat kepada Presiden Rusia Vladimir Putin untuk integrasi ekonomi rantau, mencadangkan kerajaan untuk menggunakan “teknologi wang digital” untuk mengurangkan “halangan merentasi sempadan,” menurut pegawai itu di Yalta International Economic Forum (YIEF).

Menurut Glazyev, implementasi matawang digital akan “mengurangkan halangan merentasi sempadan secara sginifikan” dan menarik pelabur asing yang “takut dengan sekatan,” yang “selalunya dijalankan oleh bank.”

Pegawai itu dilaporkan menerangkan bahawa wang digital seperti stablecoin, yang disandarkan kepada emas atau aset fizikal lain, boleh “melepasi sempadan, dan tidak dihalang oleh sekatan.”

Glazyev juga mencadangkan bahawa mencipta “token digital yang stabil” yang boleh disandarkan kepada kos setiap meter persegi di Crimea untuk mengutip danan untuk pembinaan skala besar tempat peragninan kesihatan.

Menurut TASS, Crimea Republik telah menjadi Rantau pertama Rusia mengenai perkadaran pelaburan dalam GRP.

Dalam ucapan terbarunya, Glazyev mengulang kembali kedudukan positifnya tentang teknologi blockchain. Pada tahun 2018, dia berkata sifat wang digital yang tidak terhad itu, menekankan ia tidak terjejas dengan sekatan yang tidak dijangka dan akan mengurangkan risiko politikal.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/adviser-to-president-of-russia-proposes-digital-currency-in-crimea

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.