Default – Above Header Ads

Pencarian Mural yang Mengandungi Bitcoin di Perancis Berakhir

 

Mural Perancis yang mengandungi teka-teki Bitcoin bernilai $1,000 akhirnya berjaya diselesaikan.

Pada 6 Januari, pelukis Perancis, Pascal Boyart, aka Pboy, menerbitkan kunci awam Bitcoin dan mendedahkan mural revolusinya, “La Liberté guidant le peuple 2019” yang berada di 156 rue d’Aubervilliers di Paris.

Pboy telah melukis mural untuk menyokong protes Yellow Vests yang telah melanda Perancis sejak November. Dalam lukisan Pboy terdapat 12 frasa seed yang disembunyikan, yang diperlukan untuk membentuk private key yang boleh membuka wallet Bitcoin yang mengandungi 0.28 BTC. Sesiapa Sahaja yang menjumpai frasa itu boleh menebus Bitcoin tersebut.

Menurut Pboy, ia mengambil masa tujuh hari untuk dua peserta menyelesaikannya.

“Teka-teki itu diselesaikan hari ini oleh @marabrito31 dan Antoine Ferron. Antoine telah mengeluarkan tweet ini: ‘@marabrito31 dan saya baru sahaja menjumpai jawapan teka-teki mural @pascalboyart di Paris. Kami amat gembira untuk memenangi perlumbaan ini. Kami berterima kasih kepada pboy, @alistairmilne, dan semua yang terlibat dalam hasil seni ini untuk kreativiti mereka.’

Mereka berjaya menemui kunci kepada private key yang telah memberi mereka akses kepada simpanan (0.2891btc, dalam $1,000 pada pagi itu) dan telah memindahkannya ke alamat mereka.”

Sementara itu, pejalan kaki di New York mengomen tentang iklan Gemini yang terdapat di sekitar bandar itu, di teksi dan juga laluan komuter. Bursa pertukaran kripto yang beroperasi di Manhattan itu mempunyai operasi di Amerika Syarikat, Kanada, UK, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura, adalah Ketua industri yang sedang dalam usaha membina infrastruktur untuk ekosistem kripto yang dikawal selia sepenuhnya.

Bursa pertukaran kripto DX.Exchange juga telah mengambil lokasi iklan di perlawanan bola antara Real Madrid dan Real Betis di Seville, Sepanyol. Perlawanan itu disiarkan secara langsung untuk  peminat La Liga melalui Facebook, beIN, SPORTS, fuboTV dan SlingTV.

Sumber:

https://dailyhodl.com/2019/01/14/crypto-sightings-hit-spain-and-new-york-as-hidden-bitcoin-hunt-ends-in-france/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram.

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads