Default – Above Header Ads

Pencipta Bittorrent Ingin Bunuh Bitcoin Dengan “Chia”

 

Dikenali sebagai pencipta BitTorrent, Bram Cohen membina mata wang kripto yang dikenali sebagai Chia yang menggelarkan dirinya sebagai ‘mata wang hijau untuk dunia digital’. Tidak seperti bitcoin yang menggunakan mekanisme consensus Proof-of-Work, Chia menggunakan Proof-of-Space dimana proses perlombongan menggunakan ruang cakera keras.

Cohen menyatakan bahawa ruang cakera keras mudah didapati dan sebahagian besar masa tidak digunakan oleh orang ramai: “Ideanya ialah anda menggunakan kapasiti sumber penyimpanan ini, dan orang-orang sudah mempunyai jumlah penyimpanan yang berlebihan pada komputer riba mereka dan tempat lain, yang mana ianya tidak digunakan.

Selain mengurangkan penggunaan elektrik, Cohen juga mendakwa bahawa mata wang kripto Chia secara relatifnya lebih selamat berbanding Bitcoin. Untuk menyerang rangkaian Chia, anda perlu mendapatkan akses kepada lebih banyak sumber daripada rangkaian secara keseluruhan, yang akan menjadi sumber yang besar apabila semua orang telah mendaftar. Kos untuk mendapatkan sumber pada masa hadapan akan menjadi besar, lebih tinggi daripada kos ASIC yang anda perlukan untuk menyerang Bitcoin, jadi untuk mengatasi sistem ini akan menjadi lebih sukar dibandingkan dengan menyerang rangkaian Bitcoin.

Sumber:

https://breakermag.com/bram-cohen-chia-green-cryptocurrency-kill-bitcoin/

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.