Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pencipta SegWit Pieter Wuille Menyertai Lightning Torch Bitcoin

 

Pakar kriptografi dan pencipta SegWit Pieter Wuille telah menjadi tokoh berprofil tinggi seterusnya untuk menyertai acara Lightning Torch Bitcoin.

Wuille, yang ramai menganggap sangat penting dalam kejayaan Bitcoin, melihat banyak respon positif sejak dia ‘mengambil’ Lightning Network Torch – satu acara yang bertambah prestij sejak dilancarkan pada Januari.

Lighting Torch melibatkan ‘pertukaran tangan’ transaksi Bitcoin menggunakan Lightning Network, dengan setiap pemegang menambah jumlah nominal satoshi iaitu 10,000 satoshi ($0.387) sebelum menghantarnya kepada orang lain.

Projek itu telah menjadi simbol platform pembayaran Bitcoin yang merentasi sempadan dan mudah digunakan, dan LN Torch kini telah berpusing satu dunia – termasuk ke negara seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini Iran.

“Bangga anda menyertainya Pieter! Terima kasih untuk semua yang anda telah lakukan. Kami tidak akan berada di sini jika bukan kerana anda,” pemula Torch, pengguna Twitter hodlonaut, memberi komen selepas Wuille mengesahkan dia telah menerima dan menghantar transaksi itu.

Menurut platform pemantauan rasmi TakeTheTorch, Wuille adalah pemegang ke-231 yang menerima transaksi itu daripada operator perlombongan Bitcoin SlushPool.

Peserta sebelum ini termasuk pencipta HashCash dan CEO Blockstream Adam Back, dan juga tokoh bukan Bitcoin seperti CEO Twitter Jack Dorsey. Jack telah memberi publisiti kepada kedua-dua Bitcoin dan Lightning Network pada bulan Febuari, apabila dia menyertai Lightning Torch dan memberi signal bahawa syarikat pembayarannya, Square akan melancarkan pembayaran mikro LN.

“Kami teruja untuk menjadikan Bitcoin semakin cepat dan efisyen, dan ini termasuk melihat kepada senarai penjual kami,” menurut Jack Dorsey. “Ia bukan ‘jika’ tetapi lebih kepada ‘bila’.

Lightning berterusan berkembang untuk menyokong lebih banyak transaksi, dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 750 BTC ($2.89 juta) sewaktu penulisan – penambahan bulanan sebanyak 18 peratus.

Sumber:

https://bitcoinist.com/segwit-inventor-pieter-wuille-joins-lightning-torch-bitcoin-relay/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.