Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pendanaan VC Untuk Fintech Mencapai Rekod Baru dalam 2018

 

Tahun 2018 membawa banyak kejayaan kepada syarikat fintech yang mencari sokongan kewangan daripada pelabur venture capital. Kini dengan berakhirnya tahun 2018, angka rasmi telah didedahkan dan nampaknya ia cerah untuk masa depan industri itu.

Menurut data yang dikeluarkan, syarikat teknologi kewangan yang disokong oleh venture capital berjaya mengutip $39.57 juta dari pelabur di seluruh dunia pada tahun 2018. Jumlah pelaburan pada tahun 2018 naik 120 peratus berbanding dengan data dari tahun sebelumnya.

Menurut angka yang disediakan oleh CB Insights, kesimpulan yang boleh didapati adalah ia rekod baru Untuk industri itu.

Dana pelabur diterimma melalui 1,707 perjanjian yang menunjukkan perkembangan signifikan sepanjang tahun itu, berbanding tahun 2017 yang hanya melihat 1.408 perjanjian yang didaftarkan. Peningkatan terbesar dalam jumlah perjanjian yang didaftarkan pada tahun 2018 adalah di rantau Asia. Syarikat di situ telah menerima sebanyak $22.65 bilion. 

Di Amerika Syarikat, syarikat fintech berjaya mengutip $11.89 bilion (yang juga adalah rekod untuk tahun itu) melalui 659 perjanjian. Di Eropah, jumlah perjanjian berkurang tetapi jumlah dana yang diterima masih lagi bertambah dan mencecah $3.53 bilion.

Antara faktor peningkatan dalam kutipan dana adalah pusingan besar kutipan dana yang dijalankan pada tahun 2018 iaitu 52. Pusingan besar adalah di mana kutipan dana melebihi USD$100 juta. Jumlah keseluruhan dana yang dikutip dari pusingan besar itu adalah USD$24.88 bilion.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Menurut kajian, satu projek berjaya mendapatkan 35 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan dana untuk fintech pada tahun 2018. Ia adalah sebahagian daripada Alibaba Group Holding Ltd yang dikenali sebagai Ant Financial dan ia telah berjaya mengutip $14 bilion.

Tiga bulan terakhir 2018 adalah signifikan untuk lima buah syarikat. Mereka mencapai status fintech unicorns” yang bermaksud mereka dinilaikan lebih dari $1 bilion. Senarai itu termasuk syarikat data Plaid, pembekal kad kredit Brex, dan bank digital Monzo.

Sumber:

https://www.coinspeaker.com/vc-funding-fintechs-2018/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads