Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pendidik Kripto Nigeria Memulangkan $80K dalam Bitcoin yang Diterima tanpa Sengaja

Keith Mali Chung – pengasas bersama dan presiden firma blockchain Afrika Loopblock Network – telah memulangkan Bitcoin bernilai $800,000 yang telah dihantar secara tidak sengaja ke dalam walletnya.

Chung – yang menggunakan akaun Twitter “Bitcoin Keith (The African Bitcoin Bull)” – telah mengeluarkan tweet tentang insiden itu pada 12 September:

“Saya telah menerima jumlah BTC yang besar dari penghantar yang tidak diketahui dan ia adalah satu kesilapan dari seseorang yang pernah membuat transaksi dengan saya sebelum ini, sila DM saya masa transaksi, alamat anda dan jumlah sebenar yang dihantar.

Terima kasih. Sila retweet.”

Dalam kemas kini pada 13 September, Chung mendedahkan bahawa jumlah sebenar yang dihantar tanpa sengaja adalah 7.8 BTC – bernilai dalam $79,482 ketika ia berlaku. Dia juga menyatakan bahawa penghantar yang kekal anonymous telah memberi respon kepada permintaannya, bermakna dia telah berjaya memulangkan dana itu. Dia menjelaskan:

“Di Afrika, lokasi saya, 80% kami bertransaksi kripto melalui escrow Whatsapp dan seseorang yang telah berurusan dengan saya di masa lalu membuat kesilapan besar menghantar 7.8BTC ke wallet blockchain saya. Saya telah menyebarkannya dan dia telah memberi respon.”

Tindakan Chung menyebabkan dia menjadi popular di media sosial malah mendapat gelaran “African/Nigerian good Samaritan” dalam komuniti kripto Twitter. Jika dia telah gagal untuk kenal pasti penghantar, dia telah berikrar untuk menyumbang dana itu kepada Binance, yang telah menganjurkan satu siri projek filantrofik melalui bahagian amalnya.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/nigerian-crypto-educator-returns-80k-in-bitcoin-received-by-mistake

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.