Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penganalisa Berkata Bitcoin Di Atas $3,000 Adalah Satu Harapan dan Di Bawah Adalah Peluang Membeli

 

Harga Bitcoin telah menjadi tumpuan dalam ruangan kripto dalam beberapa minggu lalu. Harganya, walaubagaimanapun, telah kekal stagnan sepanjang beberapa hari lalu, berada dalam lebih kurang $5,000. Ini telah menjana keadaan panik kerana ramai yang menjangka kenaikan cepat ke paras yang lebih selamat melebihi $6,000.

Seorang penganalisa, Crypto Michael, mengatakan bahawa tidak perlu panik kerana harga Bitcoin di atas $3,000 adalah tanda yang baik untuk harapan bahawa kenaikan tinggi adalah satu kemungkinan. Pemberi komen kripto popular itu meyakinkan bahawa harga $5,000 akan menjadi bahan jenaka dalam masa beberapa tahun kerana Bitcoin mempunyai masa depan yang cerah.

Sebagai seorang pedagang kripto, Michael membuat kenyatan berikutan jangkaan bearish oleh Presiden Lucid Investments, Tyler Jenks yang berkata Bitcoin akan jatuh ke $1,000 berikutan kejatuhan dalam beberapa hari lalu.

Crypto Micheal yakin bahawa Bitcoin akan kekal di atas $3,000 kerana aset itu telah menghadapi banyak tekanan dalam tahun 2018 semasa pasaran bear tetapi tidak jatuh bawah daripada harga itu. Jadi ia tidak mungkin harga Bitcoin akan jatuh daripada paras itu buat ketika ini dengan beberapa metrik mencadangkan pengakhiran kepada pasaran bear.

Bitcoin telah naik ke hampir $5,500 sebelum jatuh kembali ke $5,000, kadang kala jatuh bawah daripada paras itu tetapi pulih dengan pantas. Ramai pakar yang menggambarkan keadaan ini sebagai pembetulan untuk situasi terlebih beli (overbought) beberapa Hari lalu dan Weiss Ratings berkata modelnya adalah trend ke bawah.

Namun begitu, harga telah kekal di atas $5,000, kadang kala memanjat hingga ke $5,100. Kemungkinan besar Bitcoin akan naik lebih tinggi dalam kenaikan seterusnya kerana pakar berkata musim sejuk kripto sudah berakhir.

Bitcoin Exchange CEX.IO

Sumber:

https://zycrypto.com/analyst-says-bitcoin-above-3000-is-a-sign-of-hope-and-a-dip-below-is-just-another-opportunity-to-buy/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.