Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Penganalisa JP Morgan: Bitcoin Bernilai dalam Distopia, Tetapi Tidak di Tempat Lain

 

Bertentangan dengan kritikan oleh CEO JP Morgan, Jamie Dimon, penganalisa syarikat itu akhirnya mengakui Bitcoin mempunyai nilai, tetapi hanya dalam dunia yang distopia.

Menulis dalam nota kepada klien yang diedarkan minggu ini, Pengarah Urusan dan penganalisa JP Morgan, Jan Loeys berkata Bitcoin akan menjadi aset yang berguna jika pelabur seluruh dunia kehilangan kepercayaan terhadap seluruh matawang besar dan tempat penyimpanan nilai tradisional, termasuk logam berharga.

Loeys menulis:

“Kami Sudah lama ragu-ragu dengan nilai matawang kripto dalam hampir semua keadaan kecuali distopia yang bercirikan kehilangan kepercayaan kepada semua aset simpanan besar.”

Di luar peristiwa apocalypse, penganalisa JP Morgan itu berkata ia sukar untuk membayangkan matawang kripto lebih baik dari segi pelindungan nilai ekonomi berbanding aset alternatif lain.

“Malah dalam senario yang melampau seperti kegawatan ekonomi atau krisis kewangan, terdapat instrumen lain yang lebih cair dan kurang rumit untuk transaksi, pelaburan dan perlindungan nilai, kerana skala yang terdapat dalam status legal tender matawang fiat,”Loeys berkata, menekankan bahawa pasaran kripto gagal untuk mengatasi pasaran kewangan tradisional semasa tempoh ketidakpastian ekonomi Seperti pada tahun 2015 dan Februari 2018.

Namun begitu, Bitcoin sudah berkembang sewaktu kenaikan harga di pasaran saham yang tertinggi dalam sejarah. Ia tidak pernah membuktikan dirinya lagi sewaktu kegawatan ekonomi sebenar. Mungkin pengkritik betul, ia akan gagal dalam ujian itu juga, tetapi ia tidak adil untuk ekstrapolasi terlalu banyak dari prestasi Bitcoin yang tidak memberangsangkan sebelum ini.

Dalam nota itu juga, Loeys menjangka harga rendah untuk Bitcoin, meramalkan matawang kripto itu akan jatuh serendah $1,260, melambangkan 64 peratus pemotongan nilai dari nilainya kini, dan 94 peratus kejatuhan dari nilai tertingginya.

Sumber:

https://www.ccn.com/bitcoin-valuable-in-a-dystopia-but-not-anywhere-else-jp-morgan-analyst/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.